Cik Elle Dengan Grill Gen-2 CPS

Original Front Bumper Grill

Cik Elle didatangkan dengan front bumper grill Persona Elegence. Front Bumper Grill ni selalunya susah nak sebut, kebiasaannya disebut ‘hidung’ kereta saja. Bila dah 2-3 kali melepak dengan kawan-kawan dari PPEOC ni, mula datang idea macam-macam nak buat kat Cik Elle walaupun sedikit. Kawan-kawan dari PPEOC ni rajin ubah macam-macam, tapi salah satu yang aku target nak buat adalah nak tukar idung Cik Elle selepas tengok Arfaie buat kat kereta dia.

 

Langkah 1: Cara Membuka Front Grill

Bumper Persona ni ada:

  • 6 biji pin yang dilekatkan kat bahagian atas
  • 2 biji pin di bahagian bawah
  • 2 biji skru di kiri dan kanan bumper, bahagian tayar
  • 2 biji nut-screw size 8 di dalam kiri dan kanan lid depan dalam bahagian tayar

Kesemua step di atas adalah kalau nak turunkan seunit bumper. Kalau rajin lah! Aku malas, jadi aku buat langkah yang aku hitamkan kat atas tu.

Buka pin lock pakai test pen

Buka pin pakai tangan. Kalau takleh, cungkil pakai test pen

Bahagian atas grill lembut sikit, jadi lapik la kain untuk support (kalau susah cabut)

Pin bahagian bawah bumper (kalau nak buka satu unit bumper lah!). Wow calar! Tu belum pakai skirting.

Dah berjaya buang grill asal!

Untuk cara aku (cara malas), lepas buka 6 biji pin atas bumper tu, kepakkan bumper ke depan dan terus terang, perlu bekerja keras sikit untuk mengeluarkan hampir 6 skru yang melekatkan front bumper grill (hidung) tersebut kepada bumper kereta. Tips nya, perlu sediakan satu set sccrewdriver bersaiz pendek kerana di bahagian tengah bumper (bawah grill) ada fender yang melindungi radiator. Jadi, memang terpaksa bermain dengan ruang yang amat sempit untuk mengeluarkan kesemua skru tersebut.

Offset Screwdrivers - Google Image, hosted here

Kalau boleh dapat offset screwdriver ni lagi bagus. Silap-silap korang beli ni, pakai sekali saja. Hahahahahaha! Tapi kalau ada bagus jugak, senang nak buat kerja di bahagian-bahagian sempit.

Proton Shoppe Perai, Penang

 

Langkah 2: Bahan-bahan untuk ditukar

Bahan-bahan yang perlu ada untuk penukaran grill adalah:

  • PW835352 – Front Bumper Grill Proton Gen-2 CPS (RM39.90)
  • PW846639 – Mark Top + Emblem proton (local punya pun ada) (RM22.50)
  • Aksesori R3 untuk menambahkan HP. Bukan kuasa kuda, tetapi Handsome Power. Kah kah kah!

 

Front Bumper Grill Persona CPS

Yang ni, Proton Shoppe silap bagi. Mungkin part number hampir sama

Plinth yang betul ialah PW836191

Perbezaan saiz emblem yang betul (kiri) dan salah (kanan)

Nak dijadikan cerita, emblem yang aku beli masa mula-mula aku amik grill tu, tak ngam untuk ditelakkan di atas grill. Rupanya, staff Proton Shoppe tersilap bagi emblem + mark top untuk grill Gen-2 yang biasa punya. Part number pun lebih kurang. Untuk Gen-2 CPS, plinth dan mark top dibungkus dalam satu pakej dan dinomborkan dengan satu part number sahaja.

Nasib baik pihak Proton Shoppe membenarkan penukaran dibuat. Lagipun, aku dan staf tersebut pun tak sangka benda tu boleh tersilap. Aku pun bila dah balik rumah, bukak plastik baru perasan benda tu tersilap.

Hahahaha beli cap ayam punya sajalah!

Cik Elle selamat menjalani pembedahan hidung plastik!

Jangan tanya aku kenapa aku nak tukar hidung ni. Aku pun tak tahu kenapa aku gatal tangan. Mungkin suka-suka saja nak tukar. Hehehehe…. Maka siaplah Cik Elle berwajah baru walaupun cuma tukar grill depan saja. Heheheh….

facebook comments:

5 thoughts on “Cik Elle Dengan Grill Gen-2 CPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge