Cik Elle – 1st Warranty Claim

Salah satu sebab yang orang marah sangat dengan PROTON ialah harga vs kualiti. Hal ini terjadi pada aku. Pada hari kedua aku keluarkan Cik Elle, aku dah perasan yang kaler di front grill dah terkeluar! Rasa macam nak mengamuk pun ada!

Kaler Keluar Dah!

Lepas tu, baru aku perasan ada excess paint drip di bahagian boot belakang. Aku rasa macam nak menjerit, mengamuk dan makan nasik 4 pinggan! Marah!

Rear Boot

Excess Paint Bubble (meleleh)

Bubble tu tak boleh dibiarkan, kalau terkopek (bukan hantu kopek panjang Hantu Kak Limah yer) dah tentu metal parts akan terdedah dan akan mengakibatkan karat. Jadi, pada hari kedua (10 Mac 2011), terus gua ke Proton  Service Center dan buat claim.

Claim was smoothly done! Thank you EON Taman Inderawasih. Cat meleleh tu diperbaiki semula dan grill depan, diaorang order baru dan akan call aku bila stok sampai. Mungkin pada masa pemasangan, ia dilakukan agak tergesa-gesa (ataupun seperti yang kita semua tahu, gaji pekerja kilang Proton khabarnya amat rendah… Paham-pahamlah…)

Apa-apa pun, Proton harus dan wajib mengatasi masalah ni untuk mengelakkan perasaan tidak percaya oleh rakyat Malaysia terhadap kereta Nasional yang disayangi ramai.

facebook comments:

2 thoughts on “Cik Elle – 1st Warranty Claim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge