Cerita Bergambar 2

Bukan nak kata la kan, baru-baru ni, Michael Bay ada telefon aku cakap, dia nak buat sekuel untuk Transformers 3. Dia minta idea dan pendapat aku. Jadi aku pun memberikan tajuk sekuelnya sekali iaitu Transformers: The Kick Of Nasik Lemak.

Berikut ialah storyboard aku..

Pada suatu hari, BumbleFadz sedang membawa keretanya dengan laju dan membabi buta di jalan raya. Dia membawa tanpa memikirkan apa-apa kesan sekalipun.

Tiba-tiba, MegaLan cuba memintasnya. Satu perlumbaan sengit sedang berlaku di jalanraya. Perlumbaan yang pelik antara kereta dan juga kereta kebal. Yang akhirnya mencatat sejarah dunia sebagai perlumbaan yang paling pelik.

OptiMus datang dan memblok kedua-dua kenderaan tersebut kerana ingin menyelamatkan seekor kucing yang sedang ingin bercinta melintas jalan.

Tetapi, belum sempat apa-apa, ShahScream datang dan terus menembak kesemua orang di atas jalanraya tersebut. Dengan trademark jengkelnya, ShahScream ketawa berdekik-dekik.

Akibat tidak berpuas hati, satu pertempuran besar-besaran telah terjadi disitu dan pada masa yang sama.

Pertempuran yang mengerikan tidak dapat dielakkan lagi. ShahScream yang cikeding sememangnya outnumbered dengan power boost yang dimiliki OptiMus yang boroi.

MegaLan pula tidak melepaskan peluang untuk membuli BumbleFadz. Hampir lemas BumbleFadz dalam pelukan MegaLan

Kerana tidak tahan dengan asakan-asakan yang datang. ShahScream dan BumbleFadz akhirnya mengaku kalah dengan membelanja MegaLan dan OptiMus nasik lemak.

Setelah puas berlawan dan makan, akhirnya mereka semua mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.

Tapi itu semua sekejap saja kerana pertempuran antara kedua-dua pihak akan tetap berlaku sampai bila-bila.

-The End-
********************

Sesudah meneliti storyboard aku, Michael Bay (MB) pun berkata:

MB: Mangkok hayun!!! Hang tak pernah tengok cerita Transformers ka!!! Razak Mohideen punya cerita lagi bagus daripada cerita mengarut ngko ni!!

Speed: OK la tu, at least, aku perkenalkan jugak Nasik Lemak dalam movie ni, ngko tu asyik tunjuk Nasik Lemak Megan Fox jer buatper!!!

MB: Ngko tau tak sekuel tu nak buat macam mana? Ko tengok tak ending Revenge Of The Fallen macam mana?

Speed: Err.. anu.. anu… Megan Fox dan Nasik Lemak takder kaitan ker? Tengok gambar ni.., kan dia tengah nak piknik nak makan Nasik Lemak?

MB: Chaittt Podahh!!! Nampak sangat hang tak tengok lagi Transformers ROTF aku tu!!! Blahla…

Speed: Gua tau gua memang kodi…. πŸ™

facebook comments:

8 thoughts on “Cerita Bergambar 2

  1. macam sedap je nasik lemak? tp tak sure nasik lemak tu ke yg ko maksudkan ;P

    Re: aku balik hujung bulan 9. lepas raye. ape cite?

  2. wa prefer makan nasi lemak sambil tengok nasi lemak Megan Fox.

    Lu punya skrip bro bikin pecah perut gua di malam Jumaat yang mulia ni.

  3. @Husni
    Tolong belikan kat aku baju original The Beatles. Kaler Hitam. Nanti duit kawtim la aku bayar balik, ko tau saiz aku kan? Kalau susah sangat dapat, ko tolong belikan kat aku … erm… Vinyl The Beatles, the best hits tu. (asalkan lagu Yesterday dan I Want To Hold Your hand ada), boleh tak?

    @Portdy
    Giler tension kat opis.

  4. @Husni
    Lu memang seorang koboi KL yang paling sempoi aku pernah jumpak. Kalau baju/Vinyl bawah RM150.00, sambau jer tanpa teragak2. Duit, ko cakap jer macam mana aku nak bagi. Aku bank in kat family ngko pun takper mike!!! Yeehaw!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge