RSS
 

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Kepuasan Rock Maksimum

02 Feb

Gua terlupa pulak yang hari Sabtu, 30/1/2010 kan cuti umum, jadi patutla lambat sampai poslaju dari Bintulu ni. Bintulu? Jauh wo! Packaging kemas siot! Dari pemerhatian gua, bila packing kemas macam ni, ‘ehem-ehem’ si Ijau nanti selamat la sikit dalam hal-hal mengemas rumah tangga.

Cuih, buat suspen saja pakai AMD Processor punya box. Lain kali letak la free satu CPU. PC gua kat rumah pun dah kuno, masih single core, tapi yang mahai tu sebab GPU buat SLI. Hahahahaha!

Bila gua tengok kaset tersusun macam ni, terasa adrenalin gua bagai membuak-buak nak naik Suzy; yang akhirnya membawa gua ke kedai makan depan kampung tadi, pekena Nasi Goreng Padprik Ayam dengan Teh Ais.

Berikut adalah harta-harta karun pada gua, dan sampah-sarap kepada Nurul. Jadi wahai cik Nurul, sekiranya anda sedang membaca entry ini, leteran anda tidak akan dilayan, harap maklum. Hahahaha….

Wings, Puisi Aidilfitri – Betul kata Ijau yang berasa ragu-ragu dengan album ni. Terbukti benar. Ijau tak salah, gua pun tak salah (hero mana boleh mengaku salah). Sebenarnya, dengan keadaan jarak sepelangkung jauhnya Penang-Bintulu, sememangnya gua rasa, Joe Wings pun tak tau samada kaset ni ori atau tak. Bila dah sampai kat tangan sendiri, barulah tau. Tapi, bila melibatkan benda-benda macam ni, tiada pilihan lain melainkan belasah saja beli. (daripada melepas terus!)

Wings, Mr. Barbarik – Pelengkap koleksi gua! Yeah!! Walaupun dah ada CD Mr. Barbarik, kelibat kaset ini tidak akan gua lepaskan kerana setakat ni, gua dah tak jumpak kaset-kaset lama dari Wings. Gua tak ingat, dulu sapa entah pernah tanya gua dapat tak peraduan Guitar Godin tu dalam album ni versi CD? Erm, dalam cd tak ada, tapi dalam kaset ni memang ada borang peraduan tu. Peraduan tu menawarkan sebuah guitar Godin yang ditandatangani oleh Joe Wings yang bernilai RM1710.00!! Tapi gua tak heran sangat sebab gua dah ada Ibanez RGR321EX yang gua mintak sendiri Bro Joe Wings sign kat mana yang gua nak sign tu diletak. Lebih custom. Huhuhuhuuuuuuuuuuu~ (bakar…)

Wings, Hukum Karma – Walaupun ini adalah 2nd Pressing, ini ialah pressing yang takder cop “Koleksi Peribadi Lagenda” tu tau. Yang best pasal kaset ni, sebab ada gambar kaler. CD pulak takder gambar kaler macam ni. Lepas tu, boleh pulak ada iklan kumpulan Illusi, Misteri dan Artstream. Hah!! Benda tu takde dalam versi CD. Kuikuikui….

Wings, Belenggu Irama - Walaupun ni 2nd pressing. Tapi buat sesiapa yang takder kaset, mana la nak sama kaset WINGS yang ada ruang permintaan lagu yang lagu Salwa – Cubit-Cubit Sayang boleh tersenarai sekali dalam sebuah album rock ni. Rare bukan pasal kaset, tapi pasal ada nama Salwa. Rare abis!

Wings, Biru Mata Hitamku – Inilah album yang mencari buruan kepada semua Sayap-Sayap Wings sekarang. Selain Opera Dalam Kenangan (Part I & II), inilah album yang setengah mati cari CD-nya dalam pasaran takkan jumpak. Kalau jumpak, dah lama gua amik. Macam-macam cerita yang gua dengar pasal apa album ni susah nak dapat. Dan yang paling biasa gua dengar ialah master copy album ni hilang, sebab tu tak dapat buat copy anak-anak. Alahai, sedangkan lanun cd, vcd dan dvd boleh buat copy beribu unit, takkan benda ‘small matter’ ni syarikat rakaman takleh buat? Hehehhe, apa-apa jelah…..

Sofea, Anak Liar – Menampilkan lagu-lagu paling berbisa dan yang paling gua suka semasa mereka bergelar SOFEA, gua sendiri tak pasti ini ialah pressing ke berapa. Adakah ini pressing ke-3? Mengikut cetakan pada album kaset ni, tertera tahun 1997. Berbeza pulak gambar kulit album ni dengan apa yang Khys di Muzik Rock ada (link). Kaset ini ialah keluaran semula dari BMG.

Sofea, Mimpi Dan Airmata - Sesiapa yang ada versi asal, sila bantu gua. Gua tak pasti ini pressing ke berapa. Tapi printing di kaset ialah tahun 1992, masih di bawah Warnada Sdn Bhd. No telefon Warnada pun ada lagi, tapi kompom tak boleh call sebab ada 7 angka sahaja. Gua tak sangaka, dapat jugak gua pegang kaset ni. Dan baru gua perasan ada cicak kubing/biawak melekat kat body guitar tu. Selalu gambar album ni yang bersepah kat internet, tak nampak pulak imej cicak tu dengan jelas,  kali ni, memang clear gila nampak  cicak tu. Embossed sikit. Seperti biasa, gambar paling jambu tentulah pujaan Mama Juwie, bro Man Rani.

Okey, tolak satu album tiruan, gua dah dapat 6 harta karun gua. Esok, gua nak pergi kursus, lepas balik kursus, gua ada beberapa hari untuk gua layan habis-habis kaset-kaset ni kat Hi-Fi gua. Gua bernasib baik kerana gua masih ada Hi-Fi pemberian abang sepupu gua. Walkman pun gua pernah ada. Rasa kesian pulak kat adik-adik gua yang tak tau kaset tu apa… Dan tahun lepas pun gua dah tambah satu lagi mainan orang tua-tua iaitu LP Player.

Adalah satu nikmat yang besar dapat memainkan menatang-menatang macam kaset dan long play ni dalam bentuk mekanikal, gua rasa itu adalah seni. Bukan setakat tau mp3 tu apa dan reti download, tapi tak reti nak bayar.

Terima kasih kepada Ijau yang sudi tolong belikan benda-benda ni kat gua. Bro, kalau terjumpak benda-benda pelik ni, tolong roger gua lagi yerk?

Popularity: 4% [?]

 
 

Gila Makin Gila

27 Jan

Semuanya angkara Ijau yang menayang benda-benda ni. Jadi apa boleh buat? Belasah sajalah kan?

Sambil belajar buat entry pakai WordPress, sambil aku jerit-jerit kat Ijau,

AMIK SAJA LAH…………… Hahahahaha~

Popularity: 2% [?]

 
 

sorry

26 Jan

Sorry la rumah baru berterabur sikit.

Saya budak baru belajar.

Kawan-kawan punya blogroll tu, nanti aku letak balik. Pening siot pakai wordpress neh.

test image:

Ah tak boleh! Cam haram….

Popularity: 3% [?]

 
 

Kiosk @ Bertam

18 Apr


Hari ni merupakan hari yang amat ‘hectic’ buat aku.. Huru-Hara!

  • Kelam kabut beli barang dekat PC Fair
  • Dapat tau office kena pecah masuk
  • Baru nak tengok keadaan office, ada sistem breakdown
  • Pergi balik balai polis teman Abang Jasni buat report.
  • Kelam kabut balik rumah hantar anak sedara pergi tuisyen.

Jadi, lepas-lepas hantar tuisyen, ada sikit masa free kan?
Boleh ker nak manja-manjakan badan ala-ala pergi spa? Boleh…. Boleh blah… muakakaka..

Nurul.. Lama jugak tak jumpak dia. Ada perasaan rindu sikit. Tapi tak sampai tahap Rock leleh lagi la. Hahahah. Jadi, aku telefon Nurul. Dia ajak makan dekat-dekat tempat anak sedara aku tu tuisyen. Inilah tempatnya. Kiosk @ Bertam. Di Bertam Perdana, Kepala Batas.

Nurul belasah Black Pepper Chicken Chop, aku pulak mentekedarah Black Pepper Sirloin Steak. Pelik… Black pepper warna coklat. Tapi rasa black pepper tu tetap ada. RM9.00 dan RM16.00 kerosakan telah berlaku pada…. Nurul. Dia belanja. (aku tengah miskin, huhuhuh) (T_T)

Boleh dikatakan, susunan Kiosk sini best. Ala-ala dekat KL… Macam di Hartamas? Bukit Bintang? – ala-ala macam tu la. Kedai tersusun elok di celah-celah shop lot yang lain. Cuma kedai tak banyak, Secret Recipe ada di bangunan sebelah dan Noodle Station di bangunan satu lagi.

Kesimpulan yang aku boleh bagi:
Bolehlah kalau nak rasa…

Popularity: 4% [?]

 
 

Trip Memancing Yang Meletihkan

30 Nov


Tengok sajalah gambar member aku tu memancing, sambil tidur pun boleh pegang rod lagi. Semalam memang letih menunggu sang ikan yang tak hadir-hadir. Jan berjaya menaikkan 3 ekor anak pedukang di Pantai Bersih sebelum kami berubah port ke Meriam Timbul (sebelah jeti feri Pulau Pinang).


Di Meriam Timbul, aku berjaya menaikkan seekor semilang yang akhirnya menjadi lauk tengah hari. Pukul 3.40 pagi, kami bertiga tertido atas pelantar tu sampai pukul 5 pagi dek kerana angin sepoi yang memang best sekali untuk tidur di bawah cahaya bintang. Hahahahaha


Nampaknya, khabar angin Siakap Putih muncul di Pantai Bersih adalah sekadar khabar angin semata-mata…

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 1% [?]