RSS
 

Archive for the ‘tutorial’ Category

Masalah Berkaitan LP Records Dan Turntable

07 Jul

Posting ini ialah cross-posting antara di Multiply dan blog aku di Speedrider Networks

Posting ini adalah bertujuan untuk membincangkan masalah-masalah atau tips-tips yang berkaitan dengan tajuk di atas. Di harap pemilik-pemilik LP Records/Vinyl terutamanya pemilik turntable untuk tampil memberi tips, panduan dan menjawab masalah.

Entry ni akan diupdate dari masa ke semasa.

Terima Kasih

Popularity: 2% [?]

 
No Comments

Posted in tutorial

 

Mari Belajar Buat Roti Canai

06 Jul

Hari ni, aku mengganggu Pak Mail yang baru bangun tido dan jugak Abang Zali. Pak Mail aku tanya pasal penjagaan piring hitam, Abang Zali pulak, aku tanya pasal mechanical parts player aku yang meragam sikit tadi. Mengambil peluang masa free, aku amik keputusan, untuk cuba cuci apa-apa yang patut. Jadi, mari kita belajar buat roti canai!!!

Memandangkan aku adalah jenis orang yang takder duit, kedekut taik idung masin pulak tu. Aku pakai sabun basuh saja. Rata-rata orang yang aku jumpak/telefon/bertenet rekemen pakai alcohol swab, tapi yang lagi ekstrem, suruh pakai minyak 2T motor (cilakak punya apek, hahaha). Ada jugak yang suruh aku cari kiwi piring hitam… Adoi, mana ala aku nak cari semua menatang tu… Jadi, apa lagi.. Eksperimen sajalah!!

Aku lupa la pulak nak tanya pak mail macam mana dia cuci, jadi, ni aku pikir secara logik sajalah. Magnetic tu anti-statik, jadi belasah sajalah letak towel lembut kat bawah sebagai pelapik.

Lepas tu, celup saja kain yang lebih lembut dan tak kasar dalam air sabun tadi, dan mulakan cucian. Untuk eksperimen aku neh, aku gunakan vinyl yang memang dah bercalar teruk, Lobo – Calumet. Masa cuci tu, ikut saja alur-alur tu, senang kata, ikut bulatan sajalah. Aku hentam saja ni!!! Mamak roti canai tengah jegil kat aku kat sebelah ni..

Lepas tu, apa lagi, terus lap saja dengan tuala lain yang kering. Sama jugak tekniknya tadi, ikut alur. Kalau nampak ada lagi kotor-kotor kat atas LP tu, sabun saja sekali lagi macam tadi. Sepetutnya, vinyl yang kotor dah berkilat pada peringkat ni. Sama macam LP Lobo aku neh, dah berkilat sikit dah. Bersemangat aku tengok.

Lepas tu, jangan simpan terus. Keringkan dulu. Agak-agak sajalah masa nak keringkan tu…. Ni pun takder penerangan spesifik. Aku belasah buat ikut naluri saja. Naluri seorang lelaki, naluri seorang yang minat rock tetapi tiba-tipa ada LP Records….

Biasanya, tadi lepas peringkat sampai dah macam ni. Aku test main balik. Dan alhamdulillah, selamatlah kot. Dah takder bunyi bising-bising dan track skip. Aku belasah saja buat ni. Aku try kat LP yang aku rasa macam rosak saja. Kalau yang betul-betul bernilai aku taktau la…. Hancur la…. Tapi kalau korang rajin, boleh baca artikel kat bawah untuk details yang lengkap:

Artikel 1: How To Clean LP records and CDs
Artikel 2: How To Clean LP Records

Tak sangka betul. Best pulak buat benda-benda macam ni. Hehehehehe

Selingan:
Ni adalah versi Season In The Sun versi NIRVANA. Nak layan pun rasa lalok semacam jer ni…

Popularity: 4% [?]

 
3 Comments

Posted in tutorial

 

Resepi Universal Untuk Bangsawan

22 Apr

Ok. Hari ini, dengan bermurah hatinya, aku akan berkongsi resepi yang selalu aku pakai bila masak. Sekiranya korang praktikkan, memang korang beruntung sebab dekat Makcik Nurul pun aku tak ajar lagi resepi ni. Dikatakan, ini adalah resepi yang istimewa dan universal untuk golongan bangsawan.

Ok, nama resepi ni ialah Mee Udang. Mee Udang Kuala Sepetang pun boleh kalah dengan mee ni. Aku bagi gerenti 200% memang sedap.

Mula, mula-mula, rebus air sehingga menggelegak dan panas. Lepas tu, masukkan udang. Tak kira la udang galah ker, udang kertas ker… LOBSTER pun boleh kalau nak. Kalau tak suka cara rebus macam ni, bolehlah digoreng dulu, lepas tu masukkan air. Tapi pastikan minyak sikit jer kalau nak goreng dulu. Tapi sayang la kan, nanti rasa udang hilang.

Ok, rahsia terbesar Mee Udang Bangsawan ni terletak pada perencahnya. Aku rahsiakan dulu sebab perencah ni memang susah nak cari. Nak buat boleh, tapi susah dan mengambil masa sikit. Kalau betul-betul rajin, buatlah.

Ok, masukkan pulak minyak. Aku suka gunakan peket kecil macam ni (ada dijual) sebab jimat sikit dan tak membazir. Rasa Mee Udang Bangsawan bergantung pada minyak yang korang akan gunakan. Kalau pakai Vesawit, rasa lain.. Kalau pakai Cap Buruh pun akan rasa lain. Jadi, untuk memastikan trade mark aku pada Mee Udang Bangsawan ni kekal asli (sebab nanti aku plan nak bukak kedai makan), maka aku terpaksa rahsiakan jenis minyak yang aku pakai. Yang pasti, ianya halal dan diluluskan JAKIM.

Aku malas sebenarnya, jadi aku tak masukkan sayur dan lain-lain. Kalau nak sedap, tambahlah tomato atau ubi blender sikit, dan sayur bayam. Malas punya pasal, aku masukkan jer telur setengah masak dalam tu. Memang mengancam abis.

Nak tau sangat ker minyak dan serbuk perencah tu aku pakai jenis apa?

erm…..

Har Mee Udang Penang. Betul-betul HO LIAU Wo!!!! Wakakakakakak~
Selamat datang hujung bulan……

Popularity: 11% [?]

 
9 Comments

Posted in tutorial

 

Check Your Notebook’s Battery

13 Apr

Warning: Grammar Mistakes May Happen.

Dell has equipped their equipment with a very good and reliable software. You can find it in your programs folder, and usually it will start on Windows boot up. The software called Dell Quickset.
1st time using it, I felt it just a bunch of add-on software that will only slow down my notebook performance, but I was totally wrong. I has saved my day. One of the function is it monitors your battery power and consumption.

What has happened to me last week, it keep buzzing me that my battery is out of it’s true performance and reaching it’s end of usable life, and gave me this warning:

Its quite irritating because I depend a lot to my notebook for my working purposes. So, I’ve emailed DELL Support Service and mentioned the problem that I’ve encountered. Thank god the battery is still under warranty. After a new replacement, the battery works fine.

The other way to check your battery health with Dell Notebook is simple. You can just check it directly at the battery indicator. After a full 100% charge, if the indicator shows full bar, it is okay then. But, if it not showing a full bar, you can think out to have a battery replacement.

Notebook is important in my daily job routine. Without it, I cant access to any Fiber Optics System that need to be troubleshoot if I have to. So, battery conditions is very important so I can do my work in mobile conditions.
——————————————–

Atau dengan kata sebenarnya, dengan notebook nilah aku dok update blog aku, tenet, chatting, hantar email, edit gambar.. Hahhahaha semuanya dalam satu. Kerja dan Auta.

Popularity: 2% [?]

 
2 Comments

Posted in info, tutorial

 

Sekadar ‘Buah’ Mangga

05 Apr
Hari ni, dengan gembiranya, selepas sembahyang Subuh, aku terbongkang tidur balik hingga ke tengah hari. Walaupun aku dalam status standby hari ni, cukup cuak kalau dapat call breakdown awal-awal pagi. Dan dua hari ni dilalui dengan penuh ceria macam kanak-kanak Ribena – melepak di rumah.
Kadang² dalam keadaan cuaca dan suhu yang tak stabil boleh menyebabkan peralatan jadi tak betul dan jadi tiga suku. Suhu yang diantara 21°-32° adalah yang terbaik manakala dibawah 65° membolehkan sesuatu peralatan elektrik dan elektronik dapat bekerja dengan baik.

Sambil membaca apa yang aku merepek tadi.. ada nampak tak simbol ° dan ²? terfikir bagaimana nak melakukannya?

Aku menjawab cabaran Mazlan Idres di sini:

° – Tekan Butang ALT + 0176
² – Tekan Butang ALT + 253

Ada banyak lagi sebenarnya dan ia boleh dirujuk di sini.
Ok Lan, hang hutang kat aku Nasi Goreng sepinggan Isnin ni.

Bercakap pasal kod-kod ni… Celcom pun ada produk dia yang agal cool iaitu ZMS. Jadi, sesiapa yang nak rasa cabaran ber-SMS pakai ZMS, silakan. Aku sedia menunggu. Hehehe.

Lepas je makan dan sembahyang Zohor, selepas membaca surat khabar dan kemudian memikirkan masalah negara mengalahkan Perdana Menteri, aku pun keluar kejap ke depan kampung untuk lepak dengan kawan-kawan kampung. manala tahu kot-kot ada berita-berita terkini lagi sensasi tentang kampung tercinta ni. Sambil duduk kat kedai member yang sememangnya menjual surat khabar dan majalah ni, aku terpandang majalah yang selalu dikutuk… Apa lagi kalau bukan MANGGA.

Dan sekarang aku paham kenapa majalah tu bernama mangga, memang dia paparkan buah-buah mangga rupanya…. Semua kedudukan gambar kalau bukan di tepi kolam renang, berpeluk… Mesti dalam keadaan possing untuk tunjuk buah mangga gred apa.

Dunia oh dunia….

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]

 
1 Comment

Posted in info, tutorial