Sebelum aku mulakan mukadimah aku untuk hari ini, aku nak ulas sikit artikel ni. Artikel pasal kenapa orang Malaysia tidak suka membaca.

Dalam artikel ni, diceritakan la yang kenapa rakyat Malaysia ni tak suka membaca, tapi akhirnya aku cuma baca setengah artikel saja… Rupanya, aku terlupa, aku pun memang tak suka membaca!!!
Trivia:
Jika statistik pada 1997 menunjukkan rakyat hanya membaca satu muka surat buku dalam setahun, ia hanya ‘meningkat’ kepada dua muka surat pada 2002. <– Hebat! Malaysia Boleh!
Komen Aku:
Terlampau banyak masalah rakyat Malaysia yang sedang difikirkan sampai tak sempat membaca. Hutang keliling pinggang, masalah kerja, rumahtangga, minyak mahal, harga barang mahal, teh tarik naik harga, hantaran melampau mahal, kenduri katering charge RM8.00 satu kepala, English Premier League punya sindrom nak beli jersi ori tak mampu, Final Piala Malaysia pulak nak jadi poser ke stadium pun nak kena beli jersi negeri, semuanya merunsingkan rakyat Malaysia sehingga tak sempat membaca.
Penyelesaian untuk Rakyat Malaysia membaca?:
- Naikkan gaji (banyak-banyak)
- Turunkan harga barang
Confirm semua rakyat Malaysia ada banyak masa nak membaca! Gua cakap sekali lagi, KOMPOM!
———- situasi yang membuatkan aku tak dapat membaca————–
Berikut ialah konon-kononya aku yang sedang menghadapi masalah kewangan yang serius sekarang ni, berusaha untuk menjimatkan wang. Dengan hanya RM200.00 (duit hutang) yang ada di tangan, aku kena fikirkan benda-benda ni:
- Road tax akan mati 28 Feb 2010. Bila ditanya berapa, rupanya semua harga polisi insurans dah makin tak masuk akal. Kena kira umur owner dan umur kenderaan pulak! Makin lama kenderaan, makin mahal insurans. Bayangkan motor aku yang selalunya 3rd party All Rider dalam lingkungan RM60.00 saja, kali ni merasa la insurans RM90.00++ pakai insurans yang paling murah (P&O). Kalau pakai Kurnia, merasa la RM100.00++ pulak! Gila.
- Tayar belakang dah botak. Bahaya ni, motor smash ni la nyawa aku nak pergi kerja, terpaksa tukar…. Duit lagi!

Maka, demi nak save kan dana yang masih ada, aku pun bertekad nak buat sendiri semua kerja ni setelah dah berapa lama tak pegang tools motor. Tayar yang dipilih ialah Maxxiss Diamond MA-3D. harga, RM88.00, bagak mahal kat tempat aku. Terpaksa aja beli. Tiub dalam nasib baik dah ada yang lama punya, pakai dulu sementara ada peluang.

Tayar ni memang stylo abis. Dah la bunga sampai ke bibir tepi (kira-kiranya boleh lipat sampai cecah telinga la), ada marking Diamond tu yang tak tahan tu…. Aku ingat susah-susah sangat time nak bernikah nanti, aku kerat aja logo diamond ni bagi kat Nurul. Tak mampu nak beli diamond betul. Hahahaha…..

Bila dah bukak sendiri ni, baru tau betapa teruknya keadaan dalam rim motor ni. Rim ni dah berusia hampir 10 tahun. Aku masih lenjan pakai. Rim Alloy.. tahan jugak rupanya…..
Punyalah menyiksa nak bukak tayar ni.. Dah lama tak buat kerja-kerja ni.

Tapi aku tak paham kenapa keadaan alloy dalam ni sampai boleh terkopek macam ni. Aku harap ada engineer-engineer pasal chemistry iron ni boleh explain kena alloy boleh jadi macam ni. Sedangkan secara teori yang aku tau, sepatutnya alloy tak boleh jadi macam karat-karat ni. Jangan tanya aku lebih-lebih sebab masa SPM, aku dapat 8 saja untuk Kimia.

Dan yang paling macho sekali, akhirnya niat aku nak membuat benda ni sendiri kat rumah berakhir kat kedai moto jugak akhirnya! Hampeh betul, baik punya masuk tayar, aku punya pam punya pam punya pam, pesal tak kembang-kembang? Rupanya tiub dalam bocor sebab terkena tools pengopek tayar tu semasa aku nak masukkan tayar tu balik. Senang cerita, kalau dah takdak bakat tu, memang macam nilah nasibnya! Melepas jugak RM16.00 kat kedai sebab beli tiub baru. Hampeh lahanat betul, buat penat jer.
Maunya rakyat Malaysia tak sempat membaca kalau asyik masalah macam ni jer yang jadi? Dahla tengah takder duit, tayar botak, road tax tak bayar lagi, lepas tu kena bayar extra pulak kat kedai. Ada masa ker nak membaca?
Kan aku dah kata, solution untuk bagi rakyat Malaysia membaca cuma 2 benda kat atas tu saja…. Aku ulang:
- Naikkan gaji
- Turunkan harga barang
Owh, heran kenapa rim alloy aku bertahan hampir 10 tahun? Aku bernasib baik kerana rim aku adalah 1st edition yang masuk Malaysia dulu sebelum kebanjiran rim-rim dari siam dan Racing Boy =p

Popularity: 17% [?]