Prima Domestika Unboxing

 

Aku tak sempat nak buat full review lagi,tapi sempat la nak buat sedikit video unboxing. Membebel memang panjang, memang kelemahan aku kalau buat unboxing ni. Orang buat 5 minit, aku buat 10 minit. Hope you will enjoy and buy Prime Domestic’s Prima Domestika!

Record List 2017

Masuk tahun ke-empat dan nampaknya kegilaan membeli rekod makin parah. Tak ada tanda-tanda nak surut pembelian tahun 2017 ni. Berikut adalah senarai pembelian rekod pada tahun 2017. Antara paling menarik sepanjang pembelian adalah rekod disita kastam. Mungkin aku akan cerita lain kali pada entri blog yang baru. Barang yang disita adalah item no 77 dan 78.

Tahun 2017 aku simpulkan adalah antara tahun paling bosan rilisan album-album yang aku rasa nak beli. Yang mungkin sedikit teruja adalah boxset Iron Maiden 2017 Collectors Box (album 1990-2015) dan album terbaru Gorillaz. Yang lain-lain aku rasa biasa saja termasuk rilisan tempatan seperti Battle Of The Band.

Jangan baca perenggan ni kalau kau cepat sentap! Rilisan Wings pula agak menyakitkan hati kerana terus terang aku cakap, sound hampeh dan sekadar melepas batuk di tangga kualitinya; sebagai peminat walaupun aku bukan peminat No. 1 Wings, aku rasa cukup dikhianati dengan rilisan sebegini. Bila aku bayar harga piring hitam yang dua kali ganda mahalnya daripada harga normal piring hitam band underground, sudah tentu aku inginkan sesuatu yang boleh dianggap baik. Bila komplen, dikata tak support dan melenting pulak. Bila nak maju macam ni? Sepatutnya kritikan diterima dengan minda terbuka untuk menaiktaraf keluaran yang akan datang, biar setimpal dengan apa yang dikeluarkan peminat. Kalau nak keluarkan sekadar syok sendiri dan untuk kawan-kawan dengar dan mengampu puji keluaran tu, tahniahlah. Hahahahahah!

Untuk mengikuti update rekod aku di instagram, boleh follow account @mamuvinyl di instagram.

Semoga berjumpa lagi di tahun 2018. Sila klik Read More untuk tengok list merapu aku untuk tahun 2017.

Continue reading

Iron Maiden Day

Aku bukanlah die-hard Iron Maiden. Panjang ceritanya kalau nak cerita macam mana aku boleh ada material Iron Maiden dalam simpanan. Kalau bukan pasal insiden si Lati0s tanya, aku rasa sampai sudah aku takkan ada sebarang rilisan Iron Maiden dalam koleksi.

Hari ni rasa malas nak dengar benda lain. Jadi aku putuskan aku akan spin rekod Iron Maiden bermula dengan turutan diskografi Iron Maiden sendiri.

Bermula dengan rilisan dengan tajuk self-title pada 1980 dengan vokalis ketika itu Paul Di’Anno, aku secara automatik akan membandingkan dengan Bruce Dickinson yang mula muncul pada album ke-tiga Iron Maiden, The Number of The Beast.

Aku perasan start album ke-3 lepas Dickinson masuk, Iron Maiden punya tempo laju/rancak compare dengan the first two album (Paul Di’Anno).

Ok la, tak larat nak tulis dah.