Aku berjaya dapatkan model Maisto 1:18 Die-Cast Assembly Line ni pada harga yang sangat murah. RM20.00 saja. Kalau tak silap aku, biasanya ia dijual pada julat harga RM40.00-RM60.00, aku tak pasti dan ingat kerana selalunya aku abaikan saja sebab aku rasa macam terlalu mahal. Oleh kerana Parkson ada buat clearance sale, aku terus sambar la buat koleksi.

