
Tak Sempat Puasa Dah Sale Pre-Raya
Seronok bila jadi rakyat Malaysia. Bukan kerana apa… Macam-macam ragam pulak bila berjalan kat sana dan kat sini. Contohnya macam gambar yang aku snap kat sebuah kedai kasut di outlet Tesco Seberang Jaya ni. Puasa pun tak announce lagi, tapi dah ada sale pre-Raya. Macam-macam! Perempuan dan kedai kasut tak dapat dipisahkan. Aku beli kasut mungkin paling cepat 3 tahun sekali, dan rata-ratanya dalam average 3-5 tahun. Malah sepasang kasut joging aku yang dibeli pada tahun 1997 berjenama PUMA berharga RM79.00 masih boleh dipakai kalau mahu. Cuma nampak macam stok bundle ajalah.
Satu pemerhatian aku terhadap kaum Hawa ni ketika membeli kasut ialah… kalau nak beli kasut, tak pernah tengok dulu, main aci sambar dan pakai saja. Termasuklah Nurul. Dah berapa kali aku pesan, sebelum ambil dan cuba, tengok dulu kasut tu, takut terpegang kasut berkulit babi. Bercakap pasal kasut kulit babi, aku pernah buang sandal milik mak aku, kerana secara terang memang berkulit babi, dan sandal tersebut dibeli di Medan, Indonesia.
Tak terkata apa bila aku buang kasut tu. Nak kata apa lagi kan? Kasut dah berkulit babi. Buang sajalah….. Lain kali nak beli, kenalah tengok betul-betul dulu. Jangan ambil mudah sangat.
Read the rest of this entry »
Popularity: 7% [?]