Nasik Kandaq Sepi Tanpanya

Notis Penarikan Status Halal Jakim

Pada 23 Ogos 2010, JAKIM telah mengeluarkan notis di laman webnya yang bakal menjadi satu isu besar walaupun taklah berapa besar sangat.

Notis ini, sudah tentunya akan memberikan satu kejutan jantung kepada:

  1. Kakak-kakak dan makcik-makcik yang sekarang tengah sibuk gila membuat kuih raya
  2. Towkey-towkey kedai (yang prihatin halal-haram sahaja) yang menggunakannya.
  3. Makcik-makcik, kakak-kakak dan pakcik-pakcik yang masak untuk kenduri-kendara yang menggunakannya.

Dan yang paling sedih, sudah tentulah aku kerana:

Continue reading



Aku Tak Minta…

Rata-rata aku rasa hampir kesemua bikers dah tahu tentang syarat yang SIRIM letak. Bukan syarat kelulusan yang aku nak ulas, tapi transparency SIRIM dalam mendedahkan sejauh mana keputusan ujian ke atas semua jenis helmet yang terlekat pelekat SIRIM.

Kebanyakan pembaca di Malaysian Bikers Community sudah tentu membaca laporan Lawatan Ke SIRIM pada hujung tahun 2009. Selain diberi satu pendedahan, lawatan ini turut mendapat liputan media (klik).

Aku tak minta semua orang pakai Arai Ram-III ataupun apa-apa lagi brand helmet yang tak masuk akal harganya. Aku jugak tak mintak semua rider beli helmet yang mengada-ngada design dia… Persoalan tentang helmet Apollo (SGV) dan MS-88 seperti yang dipakai oleh brader kat atas ni amat misteri. Seperti yang dipertikaikan oleh ramai pihak tentang pelepasan yang diberikan kepada helmet-helmet yang nipis macam telur ayam ini, ramai yang masih mengharapkan SIRIM dapat memberi satu senarai penuh, bagaimana helmet ini boleh lulus.

Bayangkan, helmet ini boleh terkeluar dengan mudahnya dari kepala kerana padding sponge yang digunakan paling minimum.. Bayangkan pulak, bagaimana kebanyakan pengguna helmet ini lebih suka tidak mengikat tali keledarnya, walaupun talinya panjang berjela. Atas alasan style? Ini realiti, perhatikan pengguna helmet jenis ini, kebanyakannya memang tidak mengikat tali keledarnya.

Apa-apa pun, tepuk dada, tanyalah poket, nyawa, diri sendiri, orang yang anda sayang dan sebagainya…. Aku tak mintak apa-apa.

(Pipi, muka lu lagi rempit dari Farid Kamil, pesal lu tak dapat watak?) tak pasal-pasal aku kena letak watermark untuk pipi sebab pinjam gambar tak bayar royalti.

Alhamdulillah, cerita tentang RSSM: Round Solo Satu Malaya telahpun disiarkan di Majalah Permotoran Terulung di Malaysia; Roda-Roda. Terima kasih kepada Editor (Big Boss) Roda-Roda; Tuan MYB kerana sudi menyiarkan artikel tersebut. Dapat juga berkongsi pengalaman dengan rider-rider yang tak online.

Dan yang aku heran (dan terkejut jugak), Suzuki turut menyiarkan iklan Belang R 150 stripe terbaru di mukasurat kedua, dan review Superbike Suzuki untuk tahun 2010 dalam isu majalah yang sama. Dan yang paling menarik kebetulannya, Artikel RSSM disiarkan di mukasurat 46; no Valentino Rossi tu. Huhuhuuuuu….. Kebetulan yang tak disangka. (hensem jugak aku masuk majalah yerk, walaupun botak… ngeh ngeh ngehhhh)

Dan aku tak minta, yang paling manis…. Artikel tersebut disiarkan untuk bulan Jun, dekat saja dengan tarikh aku menjadi setahun lebih tua; 29 May 2010 .

Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat, pengalaman, rezeki dan pemberian yang telah engkau berikan pada aku selama ini. Alhamdulillah.

Terima Kasih.