Dethpit

Hari ni 21 April 2017; Dua minggu lagi sebelum ketibaan Megadeth di Stadium Negara, Kuala Lumpur. 

Aku bukanlah peminat Megadeth, mahupun Metallica. Apatah lagi kesemua The Big 4; Metallica, Megadeth, Anthrax dan Slayer. Koleksi yang ada pun setakat yang aku nak dengar. Slayer dan Anthrax pula, tak pernah beli pun. 

Entah macam mana aku boleh terbeli tiket Megadeth Live In Malaysia. Mungkin sebab ralat sangat tak dapat pergi Metallica, membuatkan aku TERbeli tiket band Mustaine ni. Ya, TER-beli.

Banyak isu juga nak sembang pasal LP ni (bukan Megadeth) , tapi memandangkan Berteromber dah cakap, aku rileks dulu. Lagipun banyak benda nak cakap, tapi mood nak update blog agak kelam.

Berbalik pada Megadeth, aku beli sorang-sorang. Jadi mungkin travel sorang-sorang, masuk stadium sorang-sorang, layan sorang-sorang dan last sekali up gambar dalam Instagram dan Facebook, settle prosedur menjadi poser yang sebenar. 

Pusing Wax Party Vol. 2

Pusing Wax Party Flyer

Aku terlepas Pusing Wax Party yang 1st di Komtar dulu, tapi aku sempat datang ke Pusing Wax Party Vol 2. Ok, jangan tanya aku performance malam tu macam mana sebab aku tak masuk pun kat dalam. Sapa yang yang hadir malam tu, boleh tengok kat flyer. Kalau yang mai malam tu ada kumpulan gitar rancak, mungkin aku boleh masuk dan bagi full report la kot. Hahahaha..

 

Continue reading