RSS
 

Archive for the ‘concert’ Category

Triple Trouble

26 Apr

Semua orang asyik bercerita pasal konsert ni sekarang. Ramai yang SMS, PM dan email aku kenapa aku belum buat sebarang review atau promo tentang konsert ni.

Sebenarnya, aku lebih suka untuk meng’konfem’kan dulu samada aku dapat hadir atau tak ke konsert ni. Jadi setelah aku berjaya meng’konfem’kan segalanya, aku telahpun mengambil cuti sempena Double Trouble ni dan….

BENCI!!

AKU TAK DAPAT PERGI!

Kali ni, aku betul-betul ralat. Pada 28, 29 dan 30 adalah tarikh-tarikh terakhir untuk final exam aku. Congakan pada mulanya ialah aku nak berangkat pada malam Sabtu tu (selepas waktu kerja). Ok lah, abang ipar aku pun dah set semua.. Sekali terkantoi la pulak transport kat KL.

Aku plan memula aku nak ride saja naik motor, tapi motor aku pun tak siap lagi. Campur lagi dua-tiga personal things, aku dengan ini mengisytiharkan konsert ini dah jadi Triple Trouble untuk aku. Satu penyesalan yang aku luahkan sebelum konsert kerana aku tak dapat pergi. Tertekan betul…. (Nampak gaya, Shafarizan akan pergi KL naik EX5, kalau tak, boleh aku konvoi pergi dengan dia…).

Untuk merchandise, aku terpaksa book pada Zul S2W, dan menunggu 2 lagi pending T-Shirt aku iaitu Naga Kramat dan Baju Guitar LP Joe Berapi tu yang dikhabarkan dalam proses reprint semula. Tapi aku tak sure la pulak Grousiey dah buat ke belum sejak 1st order yang dah habis stok pada Februari dulu kalau tak silap. Terpaksa la aku menahan jeles orang lain dah pakai baju LP Joe Berapi tu dan Naga Kramat. Sampai kat aku nanti dah jadi bubur sejuk McDonalds. Hehehe…

DAPATKAN TIKET ANDA DI SAYAP-SAYAP WINGS

Petikan dari Sayap-Sayap Wings:

Double Trouble : Panduan Perjalanan

Setelah mendapat pengesahan dari pihak penganjur, maka disini diturunkan beberapa panduan perjalanan untuk ke Konsert Double Trouble pada 1Mei nanti. Panduan ini sebagai rujukan kepada penonton yang akan datang demi untuk keselesaan bersama dan agar masalah-masalah yang berlaku pada konsert-konsert sebelum ini tidak berulang.

1. Pihak Polis telahpun memberi amaran agar penonton yang akan datang ke konsert nanti untuk tidak meletakkan kereta dbahu – bahu jalan atau menghadapi tindakan saman / tunda kereta. Pihak pengendali Lebuh Raya Sprint akan bekerjasama dengan Polis untuk memastikan arahan ini dipatuhi.

2. Pihak penganjur dengan kerjasama RapidKL akan menyediakan bas “feeder” yang akan berlepas dari 3 “checkpoint” utama iaitu Bangsar LRT, Amcorp Mall (stesen LRT Taman Jaya) dan Pusat Bandar Damansara. Pengunjung boleh menaiki bas dari checkpoint tersebut dan ianya PERCUMA. Bas akan berlepas dengan kekerapan setiap 20 minit dan perkhidmatan bas akan bermula untuk ke venue konsert bermula jam 5 petang. Perkhidmatan bas untuk pulang ke checkpoint pula akan bermula mulai jam 10 malam. Sila perhatikan bas RAPIDKL yang mempamerkan poster konsert Double Trouble 2010.

3. Bagi yang menaiki kenderaan sendiri, tempat meletak kereta yang terdekat dengan venue konsert adalah di perkarangan Stadium Juara. Lokasi Stadium Juara adalah bersebelahan dengan KLGCC (Kuala Lumpur Golf & Country Club), bertentangan dengan INTAN Bukit Kiara. Pengunjung boleh meletakkan kenderaan di situ dan kemudian menaiki bas ke venue konsert. Bas ‘feeder” akan melalui Stadium Juara sebelum ke venue konsert.

Semoga panduan yang diberikan akan memudahkan kita semua untuk menikmati konsert dengan aman dan selesa tanpa perlu memikirkan tentang masalah kesesakan yang perlu diharungi selepas berakhirnya konsert nanti.

Selamat berhibur!

“Orang Kita Ada Di Mana-Mana Sahaja”


Bercakap pasal Konsert Double Trouble ni. Sebenarnya, timing konsert ni dah memang cantik dengan rezeki aku bulan ni. Cuma sekarang, nampak gaya aku emmang takder rezeki nak ke KL jugak. Dengan rezeki yang lebih sikit tu, aku beli satu pouchbag baru untuk gantikan pouchbag ONE POLAR aku tu. Seingat aku, aku beli pada tahun 2007. Tanggal 2010, pouchbag tu dah mereput dan zip hancur. Berbaloi RM60.00+ yang aku invest dulu. Pouchbag baru, Fieldsheer tu aku beli dengan harga yang murah sikit; RM36.00 untuk daily use. Alpinestar tu hanya untuk riding saja sebab compartment boleh sisi spanar dan screwdriver. Sebenarnya aku pun tak ingat dah berapa banyak pouchbag yang aku pernah ada.

Yang pastinya, setiap hari aku pakai 2 pouchbag. Satu pouchbag kain dan satu lagi… perut aku. (adeh… nak kena diet neh… Dah nak jadi macam Jack Black.)

Popularity: 8% [?]

 
 

Carabao – Untuk Mereka Yang Kaki Siam

09 Dec
PS: Untuk mereka yang tau bahasa SIAM sahaja!!!

_______________________________________

ขอเรียนเชิญท่านร่วมแสดงความยินดีและเป็นเกียรติในโอกาสเปิดสถานบันเทิงแห่งใหม่
ในวันพฤหัสบดีที่ 10 ธันวาคม 2552
.วันเดอร์แลนด์ หลังโรงแรม เค.พี.เค ด่านนอก จังหวัดสงขลา

กำหนดการ
19.00
. ค๊อกเทล ปาร์ตี้
20.00
. คุณนิมิตร ชัยจีระธิกุล ประธานสภาอุตสาหกรรมท่องเที่ยว .สงขลา
ประธานในพิธีเปิด วันเดอร์แลนด์ อย่างเป็นทางการ
20.20
. การแสดงจากวงดนตรี W.Band
21.00
. เปิดบริการตามปกติ ด้วยโชว์ชุดพิเศษสุดอลังการ

Request The Pleasure Of You’re At The Grand Opening
On Thursday 10 De
cember,2009
At Wonderland Behind K.P.K. Hotel Dannok Thailand

Wonderland Club
Grand Opening On 10 December 2009
Program
07.00 PM. (Thai) Cocktail Party
08.00 PM. (Thai) Grand Opening Wonderland By
Mr. Nimitr Chaichiratikul
Chairman Of Songkhla Tourism Council
08.20 PM. (Thai) Live Band Show
09.00 PM. (Thai) Enjoy With Top Models And Wondergirls Dance Team

WONDERLAND CLUB
ANGELS LIVE HERE !!!

รอพบคอนเสริ์ตสุดยิ่งใหญ่แห่งปี
คาราบาว
หนุ่มบาว-สาวปาน
อาทิตย์ 20 ธันวาคม 52

Next!!! Concert Carabao Live In Wonderland
On Sunday 20 December 2009

ติดต่อ คุณสรจักร จูทอง
มือถือ 0818975059

Popularity: 3% [?]

 
7 Comments

Posted in concert, info

 

Sleepwalk (Penang)

05 Dec
Korang ni kan… Kalau aku blogging kalau ada pasal melibatkan aweks, laju jer korang nak tau. Jadi, memandangkan aku pun tak tau nak buat apa sekarang dan saja nak menambahkan info, aku tulis la sikit-sikit.

Nama Band: Sleepwalk
Base In: Penang
Tahun Ditubuhkan: 2006-2007
Line Up:
Drums: Mael

Vokal: Azlan n Renee
Bass : Azmi

Vox 1: Azlani
Vox 2: Renee
Lead Guitar: Sham (poundcake)
Bassist: Azmii
Drummer: Mael

Band Website:

Ramai la pulak kan band members Sleepwalk ni. Aku kenal sorang jer iaitu Sham (lead guitar). Kenal kat mana lagi kalau kat Forum Rockapak. Dari memula dia posting, semua orang taktau dia ni yang mana satu. Dan tekaan aku yang paling tepat… Hahahaha.. Instinct rasanya

Aku suka kalau sesuatu band tu ditubuhkan dengan ahli yang ramai. Ni pendapat peribadi aku lah. Bila ada 5-7 piece band, aku rasa macam complete band tu. Tetambah kalau ada keyboardist. Penuh jer dengar kalau tengah perform. Tak berlubang sana sini.

Perasan pulak gambar Adie dari Predicate Not Defined ada kat dalam salah satu show Sleepwalk ni. Musician Circle kat Penang aku tak sure sangat. Dan kebiasannya, ianya saling berkait kerana rata-rata semuanya member-member.

Setakat aku tengok Myspace Sleepwalk, banyak jugak show yang Sleepwalk dah performed. Tapi ada jugak yang tak update lagi, tapi diupdate di forum-forum lain.

Lagi satu, apa yang aku suka dengan sebuah Live Band. Konsepnya ialah: Boleh main semua lagu, tak terarah kepada satu genre sahaja. Ni aku suka.

Penggunaan vox berlainan jantina jugak adalah sesuatu yang bonus. Ni pertama kali aku berdepan dengan Sleepwalk semasa sessi latihan. Sham pernah ajak aku tengok show diaorang di Bukit Merah dulu, tapi time tu aku ada hal lain. Jadi, tengok sessi practice tu, adalah satu peluang untuk aku kenal lagi dengan Sleepwalk. (padahalnya tak sempat sebab boss panggil aku pergi kerja)

Sempat jugak aku perosak satu lagu.. Har har har…..
Terima Kasih Sham and Sleepwalk. Semoga korang semua akan terus maju.
Sesiapa yang berhajat nak ambil Sleepwalk untuk show apa-apa ker, bolehlah kontek diaorang terus di alamat yang aku letak di awal posting tadi.

Popularity: 4% [?]

 
 

Jadual Konsert Pesta Pulau Pinang 2009

24 Nov

Sumber info dari sini. Macam tak best aja tahun ni…. (kecuali WINGS).
Ada ker patut XPDC satu malam sama dengan Bunkface? Tak rock langsung!!!!

Aku ringkaskan kepada yang ada kaitan dengan BAND ROCK/PUNK/METAL saja. AF-AF semua aku tendang keluar dari list aku neh.

Schedule for Pesta Pulau Pinang:

22nd Nov 2009 – Artist: Deb Gab C <-- terlepas!!! Hampeh jadual keluar lambat!!!!
27th Nov 2009 – Local Artist: Fire Bird <--- aku tatau la ni band apa
7th Dec 2009 – Local Artists <--- taktau jugak
8th Dec 2009 – Traditional Boria performance <--- sapot kesenian tempatan
9th Dec 2009 – Traditional Boria performance <--- sapot kesenian tempatan
10th Dec 2009 – Traditional Boria performance <--- sapot kesenian tempatan
12th Dec 2009 – Artist: Kumpulan Spider
14th Dec 2009 – Traditinal Singing and modern pertandingn Kugiran Maksak Pulau Pinang
15th Dec 2009 – Traditinal Singing and modern pertandingn Kugiran Maksak Pulau Pinang
20th Dec 2009 – Local Artists
25th Dec 2009 – Presenting Artists: Wings <--- belum dapat confirmation
26th Dec 2009 – Presenting Artists: Hujan / Band Pengiring
29th Dec 2009 – Presenting Artists: Kristal & Butterfly
31st Dec 2009 – Presenting Artist: Bunkface & XPDC

Popularity: 3% [?]

 
4 Comments

Posted in concert, info

 

Showcase @ HRC

04 Sep

HRC tu bukanlah Honda Racing, tapi ialah Hard Rock Cafe.

Kemungkinan aku nak join adalah amat tinggi memandangkan Mr. Big punya reunion concert di Bangkok aku tak jadi pi sebab sengkek. Last sekali aku masuk HRC tahun lepas masa Telephone ada gig sempena Singapore-KL Harley Owners Group punya perjumpaan. Sound boleh tahan pecah dada. Hehehehe.

Dengan RM60.00 dan rasanya sedikit mahal daripada Planet Hollywood. Aku rasa ramai yang tak sabar nak tengok show kali ni. Bukan apa, kalau korang perasan, vokal Awie dah mula improve balik terutamanya dalam konsert terakhir diaorang iaitu konsert Sinar.fm baru-baru ni.

Lepas tu pulak. Pengkomen Tegar untuk Ogos 2009 ialah rockmetaller, Jadi, seperti biasa bro.. Tolong bagi alamat lu untuk gua pos barang. Untuk Rekod, Pengkomen Tegar Julai 2009 ialah bro Deaf.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]

 
7 Comments

Posted in concert, info