// Stor Barang

1hari=1entry=1Malaysia

This category contains 30 posts

19 Ramadhan 1432H

Hari yang hujan, kadangkala aku hairan kenapa masih ada penunggang motor masih tak mahu meletakkan baju hujan sebagai satu ‘spare’ wajib dalam raga motosikal. Kenapalah agaknya? ———————- Diari Ramadhan 1432H / Ogos 2011 ———————-

18 Ramadhan 1432H

Aku mengenali Murtabak megi ni cuma selepas aku berkahwin. Mak mertua aku rajin buat pagi-pagi untuk breakfast aku dan cucu-cucunya yang datang mengaji pagi-pagi. Aku tak pernah merasa Murtabak Megi air tangan Nurul. Murtabak megi yang mak mertua buat ni pun dah sedap. Bulan puasa ni, ni 1st time mak buat untuk berbuka puasa. Cucu-cucu [...]

17 Ramadhan 1432H

Wife alah teruk, aku pulak mengidam bendalah ni, Aku rasa karamel IKS paling sedap dalam dunia. Hahahahahah… Nasib baik jumpa, aku ingat dia tak jual dah tahun ni. Puding Karamel resepi keluarga dari Padang Tembusu, Sungai Petani, Kedah. Power root! Dua tempat yang dijual, satu di bazar Ramadhan Taman Bertam Indah, Kepala Batas, satu lagi [...]

16 Ramadhan 1432H

Dalam Ramadhan, perhatikan sekali lagi. Andaikata kalau bukan kita yang terkejar-kejar membeli juadah, apakah yang kita makan untuk berbuka puasa? Boleh dikatakan, mereka yang berkerja pada waktu pejabat mempunyai masa yang paling terhad untuk memasak di rumah. Melainkan pihak isteri merupakan surirumahtangga sepenuh masa, insya-Allah, juadah yang simple tapi mengenyangkan pasti boleh disediakan. Aku? Dah [...]

15 Ramadhan 1432H

Nampak kuih apa kat atas? Dua kuih yang selalu dan sangat mengenyangkan bila kena waktunya. Semalam mak mertua masak 2 jenis ni, banyak! Cucu-cucu merangkap anak buah aku dan isteri punya favourite nih. Pau Sambal atau kadang-kadang dipanggil mini burger, dan yang paling lazim disebut Kuih Pac-Man disebabkan belahannya menyebabkan rupanya tak ubah macam Pac-Man! [...]

Related Posts with Thumbnails

Rockers Jamming Sekali

Sumber Inspirasi

wordpress statistics