Cameron. Lagi?

Off we go! - phone holder last captured action sebelum dibuang di Ipoh sebab patah!

Pada 24 Disember 2011, aku dan family Nurul bertolak ke Simpang Pulai. Kakak ipar pindah rumah sebab bertugas, jadi kami bawa sorang sikit barang-barang yang nak dipindahkan. Memandangkan aku pun bukannya tahu sangat area Simpang Pulai ni, maka bantuan GPS sudah semestinya diperlukan.

Ikutkan GPS, jarak yang paling dekat untuk ke Taman Seri Botani, Simpang Pulai adalah dengan melalui pekan Bandaraya Ipoh. Tapi secara praktikalnya, daripada arah utara, jarak masa yang paling cepat pula adalah dengan keluar melalui exit Simpang Pulai, walaupun jaraknya adalah lebih daripada 6 KM berbanding daripada exit Ipoh/Jelapang. Kenapa? Perbezaannya adalah dengan melepasi traffic jam dan traffic light dalam bandar.

Baru nak jadi

Nak dijadikan cerita, pada 25 Disember 2011 pada hari Krismas, kami berkereta ke Cameron Higlands. Ya, pada cuti umum!!!! Sesiapa yang sudah biasa, semuanya tahu cuti umum adalah waktu yang perlu dielak sekiranya hendak ke Cameron Highland. Jadi, kami mengubahsuai pelan dengan bertolak ke Cameron daripada Simpang Pulai pada awal pagi, iaitu pada 9.30 pagi.

Keh keh kehhhh

Melepasi Blue Valley, terjumpa pula tempat baru; Al-Mashoor Strawberry Farm. Singgah la kejap, beli strawberry jam. Tempat baru buat, pasir dan simen pun tengah letak lagi. Jadi, tak expect apa-apa sangat di sini.

Lepas tu, mulalah aktiviti bershopping oleh golongan perempuan. Bee Farm ni mengecewakan betul, aku ingatkan ada la bee farm tu, teringin jugak nak pakai bunny suit dan berkawan dengan lebah. Tapi ada banyak souvenir aja kat sini.

Macam-macam jenis keychain

Antara souvenir yang menarik perhatian aku dah tentulah keychain ni. Benda feveret Ijau ni! Jenuh aku cari balik link keychain tu memandangkan dia disable search mode. Nak beli, aku dah ada banyak keychain dan pada aku, tak praktikal sangat sebab aku ni kasar, senang patah pulak nanti semua pedang tu.

Jagung Cameron

Jagung Cameron ni, special sikit. Mungkin macam Taiwan Sweet Corn, ia manis jugak. Manisnya tu, sampai boleh dimakan mentah. Ya! Sebelum beli, korang test dulu manis ke tak, jangan main beliiiiii aja, nanti kena yang tawar, rugi! Harga dia pun, kena rajin survey. Tawar-menawar tu tipis sangat harapan. Peniaga kat sini tegar. Susah mau makan maaaa…. Kami dapat RM10.00 untuk 8 biji. Ada tempat yang super mahal, sampaikan 3 biji RM10.00 pun ada.

Yang bestnya, kalau nak murah, jangan datang waktu hujung minggu dan public holiday, datang pada hari biasa, murah sikit!

Wonderpets punya feveret!

Contohnya peniaga-peniaga sayur ni. Di area yang paling ramai peniaga sayur ni, bungkusan sayur adalah RM10.00 untuk 10 bungkusan pelbagai sayur. Mini tomato lah, bayam lah… Semua dah pre-packed. Tapi sayur-sayur besar ni harga lain pulak! Turun dekat kawasan peniaga yang kurang ramai, harganya RM10.00 untuk 8 bungkus (mahal kan?) dan area yang lagi satu pula, RM10.00 untuk 15 bungkus! Murah, tapi low quality. Hehehehe….

Penuh borong

Memandangkan waktu kecik-kecik aku dah biasa ikut family bershopping. Maka dah biasa jugakla, Cuma kali ni, aku memikul tugas untuk mengangkut barang yang boleh tahan banyaknya. Ha ha haaaa…..

Jambu Epal

Kepada yang pertama kali jumpa buah yang didakwa sebagai Jambu Epal ni, jangan tertipu tau. Mana ada Jambu Epal! Ni adalah jambu batu yang diperap dalam pewarna hijau dan gula jeruk! Nasib baik raja makan dah pernah rasa kawan-kawan yang beli.

Geram tak tengok?

Modus operandi yang senang

Tada!!!! Strawberry Coklat

Coklat di luar, masam manis di dalam

Strawberry coklat ni, kalau beli kat Penang, mahal betul. Kat Cameron ni, RM3.00-RM4.00 secucuk. Ok ajalah. Pakai pulak coklat murah untuk save cost, celup dan jual pun boleh jadi kaya. Pergh masyuk, kan bagus kalau aku ada ladang kat Cameron. Mau beli gitar buat perhiasan aja nanti bila jadi tauke. Kah kah kah…

Honey Cell!

Madu, di tangan kananmu....

Sebesar-besar madu di atas dalam piring sos McDonalds tu, RM2.00 tau. Bapak mahal. Madu pulak rasa tak asli langsung. Rasa macam madu letak gula. Yang pasti, rasa tak sama langsung macam madu pokok tualang atau madu kampung yang dijual kat tepi-tepi jalan. Tapi aku beli sebab teringin nak makan sarang tu… Selalu tengok dalam tv aja kan. Kehkehkehhhhh… Rupa-rupanya, sarang lebah tu bila dikunyah, dah jadi macam chewing gum dan susah hancur. Kenyal memanjang!

Orang mengidam jagung bakar Cameron

Dulu, masa wife aku cakap dia teringin jagung bakar Cameron, aku dah facepalm awal-awal. Buat apa la susah-susah nak ke Cameron beli jagung bakar padahal kat pasar malam area rumah aku berlambak-lambak ada jual. Tarik muka jugak la dulu orang rumah aku tu. Dulu masa kandungannya dalam 3-4 bulan, aku dah tolak permintaannya, memandangkan time tu ada konvoi geng-geng tempat kerja ke Cameron, aku yang taknak join. Alasan yang aku bagi – jagung bakar Cameron is overrated, baik beli kat pasar malam.

Tapi memandangkan kali ni aku dan family dah naik ke Cameron, kiranya keinginan akibat ‘mengidam’ tu dah dipenuhi la. Beli banyak-banyak buat bekal balik rumah terus! Hahahaha. Bayangkan, dengan RM3.00 sebiji dijual, berapa banyak la tauke jagung bakar tu untung. Tak henti-henti tau aku tengok orang order jagung bakar dan jagung rebus. Yerlah, sejuk-sejuk kat cameron tu, best tau makan jagung bakar ni, manis-manis suam! Owh lupa, mungkin malam sebelum tu hujan, jadi pukul 10.00 pagi-1.00 petang tu memang sejuk, cakap berasap beb! 1st time aku ke Cameron cakap berasap. Kalau sambil makan jagung bakar, lagila berasap. He he he.

Kali ni, pertama kali aku naik Cameron tak ke ladang teh teh, minum teh dan menikmati keindahan Cameron. Kali ni betul-betul naik dan shopping sayur aja. Dan pada 25 Disember 2011, dah berapa kali aku naik Cameron aku pun tak ingat daaaa……

[ilink url=”http://www.speedrider.org/2010/01/rssm-cameron.html” style=”tick”]RSSM Cameron[/ilink]

[ilink url=”http://www.speedrider.org/2010/01/ride-solo-satu-malaysia-rumusan.html” style=”tick”]RSSM: Rumusan[/ilink]

[ilink url=”http://www.speedrider.org/2010/06/teringin-minum-teh.html” style=”tick”]Minum Teh Cameron[/ilink]

[ilink url=”http://www.speedrider.org/2010/10/kenduri-brader-brader.html” style=”tick”]Otak Seminit Ke Cameron[/ilink]

facebook comments:

One thought on “Cameron. Lagi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge