Bukit Bendera

Menapak dari tempat parking, depan rumah orang!

10 Jun 2012, Mrs Speedrider buat plan mengejut dengan kawan-kawan lama dari zaman politeknik untuk ke Bukit Bendera. Nak dijadikan cerita, semua kawan-kawan wife adalah junior aku di Poli. Aku kan seniorrrrrrr……

Jadi, kami bertolak seawal 8.00 pagi dari rumah untuk sampai di kaki Bukit Bendera sebelum pukul 10.00 pagi. Sebenarnya, itupun kalau nak diikutkan dah memang terlambat waktunya. Tambahan pula time cuti sekolah, Bukit Bendera akan menerima bilangan pelawat yang sangat ramai, atau terlalu ramai.

 

Laluan baru sebelum menaiki tren

Ada gambar terowong! Sesuai untuk bergambar!

Dan/Su bersama anak kembar, Mai dengan Afif

Mun, Aku, Muhammad Qayyum, Mrs. Speedrider dan Ba’ayah

Adam Haziq dan Adam Hazim. Aku ja pandai-pandai letak Adam Aidil ngan Adam Adam Adli. Wakakaka

Genap 3 tahun aku tak menjejakkan kaki ke Bukit Bendera sejak tahun 2009. Waktu tu, tren keretapi masih menggunakan jenis lama. Tren lama tu kalau tak silap beroperasi sejak tahun 1977 sehinggalah tahun 2010. Jadi, kunjungan kami kali ni, sempatlah aku merasa pengalaman naik tren baru.

Tren baru telah dilengkapi dengan sistem penghawa dingin dan jauh lebih selesa daripada tren lama. Daripada segi luaran, usah dikata la. Barang baru beb, dah tentulah nampak cantik dan canggih! Tetapi, untuk aku, pengalaman nak menikmati suasana flora dan fauna sepanjang untuk mendaki Bukit Bendera tidak sehebat dulu. Kenapa? Tren baru mengambil masa tidak sampai 10 minit daripada kaki bukit untuk menuju ke puncak. Bayangkan betapa lajunya jika nak dibandingkan dengan tren lama.

Dengan tren baru, tiada penukaran tren dibuat di tengah-tengah perjalanan. Kita akan terus dibawa dari bawah sampai keatas. Kalau nak ambil gambar, jangan ambil tren di koc tengah, ambil di bahagian hujung sekali, samada di bahagian kepala atau di bahagian ekor. Menurut maklumat, tren hanya akan berhenti di tengah perjalanan sewaktu awal pagi; hanya untuk membawa pekerja dan penduduk di Bukit Bendera sahaja.

 

Muhammad Qayyum, pi bergambar ngan silap family la! – Mai, Azizan dan Afif

Ni baru betul

Tonggek auntie! Jangan tak tonggek!!!! Feel habis layan pemandangan

Malayamus Tigra – Nama tupai yang aku bagi sebab aku yang ambil gambar , boleh macam tu?

Kami sampai pada hari yang sangat sesuai. Tiada jerebu! jadi, pemandangan georgetown sangat cun walaupun tidak mencapai tahap 100% skala cun. Apa punya skala aku pakai nih!

Susasana pada pukul 10.00 pagi masih dingin, dan lebih baik daripada suasana di Cameron yang aku pergi pada 2 minggu lepas (aiseh, lupa tulis entry!)

 

Mahal sikit dari biasa

Char Koey Teow yang tak Penang langsung!

Ais kacang yang boleh tahan

Dataran yang baru siap

Dulu, berlambak ada jual, naik basikal kat Padang Kota. Sekarang kat Penang Hill ada gerai ‘rasmi’

Medan selera di atas Bukit Bendera telah diubah ke tempat baru. Betul-betul berhadapan satu medan dataran yang mungkin akan digunakan untuk membuat apa-apa pertunjukan nanti. Nak dijadikan cerita, boleh pulak pakcik yang jual Char Koey Teow tu kata, orang Penang tak makan koey teow basah, semua makan Char Koey Teow macam kedai dia buat tu.

Ehem! Pakcik, anda silap orang ketika memberikan auta. Hahaha!

Ya betul Char Koey Teow tu Koey Teow Goreng, tapi pakcik kena ingat, bila disebut Penang Char Koey Teow tu, dah lumrah ia adalah koey teow basah! Sebab tu orang dari luar Penang cari CKT kita pakcik oiiiii.. Pakcik ingat rupa saya ni macam Aaron Aziz orang Singapore naik Bukit Bendera nak makan CKT pakcik tu kaaaaa……??? Tak guna nak bertekak dengan pakcik ni yang asyik mengatakan CKT seperti kedai dia jual adalah yang orang Penang makan. Dah la tak sedap sangat! Hahahahaha…

 

Buggy Car. RM30.00 per trip

Tak nampak monyet pun!

Pasangan kembar kuasa dua! Tajū Kage Bunshin no Jutsu

Kami naik buggy car yang menyembelih setiap trip sebanyak RM30.00. katanya dalam 25 minit, tapi aku rasa 15 minit pun tak sampai bila driver buggy car bawak macam nak pergi race dan buat drift celah-celah jalan tu. Kalau rasa tak berbaloi, bolehla berjalan dari dataran baru tu, sampailah ke bahagian belakang Bukit Bendera. Kalau berjalan, mungkin mengambil masa satu jam hingga satu jam setengah untuk perjalanan pergi dan balik.

Di bahagian belakang tu ada la bahagian-bahagian yang nampak pemandangan seluruh Georgetown dan taman tumbuhan karnivor tu. Tak la menarik sangat, tapi kalau nak berjalan tu bolehla. Tapi kalau malas nak berjalan dan malas nak naik buggy car tu, aku ada videonya. nasib baik aku ambil kan? Korang boleh jugak tengok!

 

Possing lagi!

Aku dah menjadi seorang Rocker Gundu. Aku harus menguruskan diri secepat mungkin!

Bahagian belakang

Bahagian depan

 

Selesai la sessi jalan-jalan cuti sekolah kami kali ini. Ini adalah pertama kali aku join jalan-jalan dengan group kawan-kawan wife aku. Insya-Allah lepas ni mungkin ada lagi plan-plan yang lebih best yang semestinya dirancang oleh Persatuan Isteri-Isteri Bapak-Bapak Rock macam kami. Hahahahaha…

facebook comments:

3 thoughts on “Bukit Bendera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge