Bukan Hadiah Biasa

Tepat umur aku yang setahun lebih tua haritu, aku sempat kemas-kemas stor dengan ayah sebab dia nak cari boiler untuk masak perkakas circumising dia tu, sebab esok tu dia nak khatankan anak buah aku. Sambil-sambil kemas, aku carila sama barang yang aku pernah terlihat dulu.

Bila dapat, aku mintak permission dari ayah.
Satu je dia pesan.
Hang jangan jual dan jangan bagi kat orang

Maka, aku dah secara sah, join kelab ada barang tu, tapi takder player.. hehehe.
Sila jamu mata korang. Koleksi penuh boleh dilihat di sini.
Maksudnya, aku nak mintak orang tolong rip untuk buat MP3 pun, kirim salam lah jawabnya..

Ayah cakap macam tu, mungkin mengenangkan gramofonnya dulu, yang dipinjam, kemudian terus ‘dibuat harta’ oleh peminjam tersebut, dan kemudian hilang.
Takpa ayah, nanti Mus cari player lain pelan-pelan….
Memang dah mengusyar player LP ni secara aktif sejak setahun lepas, tapi belum berkenan di hati, dan kadang-kadang bila dah berkenan… Takder duit pulak!!!
Takper, pelan-pelanlah aku cari nanti…

Dalam banyak-banyak tu, yang aku heran, kenapa ayah aku ada banyak LP dari Jose Feliciano? Rupa-rupanya terjawab sudah… Salah satu album dari mamat ni, berjudul Che Sara, sama namanya dengan mak aku… Patutla pun…. Romantik jugak orang tua aku neh masa muda-muda. Hahahahaha…

facebook comments:

One thought on “Bukan Hadiah Biasa

  1. Pingback: Aku Dan Sesuatu at Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge