Botol Ke-2 Untuk Anak Abah

Pandangan Hadapan

Setelah membeli set botol pertama Tommee Tippee, kami membeli pula botol bayi jenama Avent keluaran Philips (hahaha, memula aku bertekak jugak dengan wife, biar betul Philips!)  Perancang utama barangan baby dah tentulah isteri aku. Aku pulak, selaku pengurus logistik dan pesanan barang. Hahahahaha

Muka belakang kotak

Seperti Tommee Tippee, model botol susu ni pun adalah dari jenis anti-colic, cuma dengan style yang berbeza. Kalau Tommee Tippe pakai tiub kat tengah, sistem anti-colic kat model Avent ni menggunakan balutan getah (dalam term botol ni, diaorang panggil ‘skirt) antara botol dan puting, untuk mengelakkan gelembung udara yang banyak terhasil. Untuk maklumat lanjut, boleh ke Wise Geek untuk maklumat lanjut.

Siapa la Helen K ni yerk?

Avent ni, memang femes gila laaaaahhhh (wife aku yang bagitau, aku tau Philips ni pasal audio system jer). Jadi tak hairan sangatla kalau Avent ni dianggap top brand dalam bab-bab botol susu ni. Senang cerita, macam Gibson la dalam family guitar (pandai-pandai aja aku buat andaian kan). Kalau ikut About.com, Avent dikategorikan sebagai pembuat botol susu bayi ke-2 terbaik (yang patut dipilih). Lain-lain daripada tu, aku tak jumpa kat pasaraya Malaysia. banyak Anakku, Johnson, Tommee Tippee dan lain-lain saja.

Manual, biasa-biasa saja

Dari segi pemasangan, nampak senang sikit berbanding dengan Tommee Tippee yang aku beli haritu. Ye lah, aku kena amik tahu semua ni nanti. Nanti wife berpantang, siapa lagi yang nak bancuh susu kat anak dan basuh botol kan?

Jenis-jenis puting

Bab ni memang aku LOL habis. Dulu, aku ingatkan jenis puting cuma satu saja. Rupanya banyak jugak mengikut umur. Untuk set yang aku beli ni, puting didatangkan untuk bayi berusia sebulan ke atas. Now I know!

Bentuk botol yang aku beli

Dari segi jenis botol, sah-sah nampak besar. Aku pun terfikir jugak nanti nak susukan dalam keadaan 90 darjah ke, 45 darjah ke? Ataupun mana-mana darjah boleh aku susukan? Benda ni takdak dalam manual, nampak gaya kena try and error ajalah nanti, asalkan baby tak tersedak la kot? …. atau muntah susu? (aku rasa anti-colic tu untuk elakkan muntah susu dan kembung perut la kot)

Ini yang mahal

Dalam kita mengeluh barang-barang kita sekarang banyak yang Made In China, Made In Vietnam, Made In India… Sekali botol ni Made In England. Stanley tools pun dah banyak Made In China tau. Botol susu ni ajalah setakat ni barang yang aku dapat Made In England. Ibanez RGR-321EX Joe Signature aku pun Indonesian Made. Terfikir balik, aku waktu kecik-kecik dulu merasa ke barang-barang branded ni? Amboi-amboi baby…. Ibu pilih yang terbaik untuk baby, abah ikut ajer….

Nampak sangat ramai lelaki tak tolong beli untuk wife diaorang kan?

Untuk pembelian ni, ranap RM85.92 termasuk kos pos untuk 3 botol susu Avent (kawan kami amik sebotol, sharing buy). secara totalnya, belian online lebih murah kalau beli secara fizikal. Ya betul, mengikut kawan aku, hilang thrill bila beli secara online, tapi semestinya aku dan wife akan pilih yang termurah untuk kualiti barang yang sama. jadi, baik beli yang murah sementara boleh. Yang tukang survey dah tentulah wife aku, dan yang tukang beli pulak, dah tentulah aku. Untuk belian ni, selalunya kami jamu mata dulu kat supermarket. Lepas dapat senarai harga, kalau ada online sale yang lebih murah, kami sapu ajalah….

Dan aku rasa, One Baby World tu kena ubah template, aku rasa seksis sangat tu. Aku beli, tapi aku bukan puan tau……

facebook comments:

4 thoughts on “Botol Ke-2 Untuk Anak Abah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge