Boleh Beranak Dah Kot?

  • Aku dah melalui zaman-zaman kamu.
  • Aku pernah buang benda tu lebih 2 kotak rasanya dan berapa bijik lighter dari atas Penang Bridge sambil nak balik rumah.
  • Aku pernah hisap 3 kotak Dunhill 14 dalam masa 24 jam.
  • Aku pernah hisap 5 batang straight non-stop butt-to-butt.
  • Aku bermula dengan rokok pertama bercap Winston Merah.
  • Kotak pertama aku ialah Dunhill 20
  • Pernah menjadi pengikut Benson & Hedges dan berkawan dengan pakcik-pakcik otai sahaja, sebab budak-budak tak reti isap rokok jamban ni.
  • Pernah layan Camel.
  • Pernah layan rokok orang kaya dan sentiasa bernasib baik; Lucky Strike.
  • Pernah layan rokok gulung bila zaman harga rokok naik.
  • Pernah layan tembakau jawa bila dah betul-betul poket kering.
  • Pernah layan rokok paling hampeh dalam sejarah seperti Country, dan rokok bangla.
  • Pernah layan Djarum yang rasanya macam ntahapapantah!
  • Pernah mengkayakan British American Tobacco dengan menjadi pelanggan setia Dunhill untuk beberapa tahun.
  • Pernah layan Winston Putih, kira-kiranya time tu zaman nak berenti rokok pada early stage pada tahun 2005.
  • Pernah layan cigar. Semua cigar dalam kedai 7E dah test.
  • Cigar paling mahal pernah test RM80.00 sebatang, made in Mexico. Cilok bapak aku punya. Keh keh keh….
  • Tak pernah layan rokok elektronik, pedehal rokok tipu….



dan sekarang…. Aku dah berjaya berhenti without a single puff. Kenapa korang masih tidak boleh? Bullshit dengan statement korang (ataupun aku sendiri) dah berenti 5 tahun, boleh isap balik – itu, korang sendiri yang cari penyakit.

Kental!

facebook comments:

5 thoughts on “Boleh Beranak Dah Kot?

  1. ko takpa la mus.. boleh hisap benda lain.. tahniah bro.. bila nak buat kuruskan badan plak.. aku nak follow module hang kalau berjaya lepas nih.. hehe

    • dalam proses. tengah siap sedia dengan module regime pemakanan yang aku akan test untuk tempoh sebulan. Aku akan update nanti. Aku pernah turun 30KG dalam 6 bulan, tapi yang tu tak aci la sebab hari2 bersukan sebab dulu main Rugby Piala Presiden dan Piala Agong.

      Untuk daily diet, kalau berjaya, aku publish.
      speedrider recently posted..Sesekali Jadi Pemberita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge