Rahsia Foil Aluminium

Ingat tak masa kunjungan aku dan Shahrul ke BM Tomyam dulu? Masa tu, ternampak 2-3 hidangan yang customer pesan, tapi kami tak ambil pot pun. Tapi bila dah 2-3 kali pergi asyik nampak benda yang sama, mulalah perasaan ingin tahu tu membuak-buak.

UFO

Macam ni lah lebih kurang keadaan hidangan tu. Lepas mendapat “khidmat guaman” percuma daripada pelayan restoran tu, kami pun apa lagi, order terus la. Satu set hidangan ni, harganya RM9.00.

Kepada yang telah menekanya, ini ialah otak-otak pertama yang aku makan dalam foil aluminium! Semuanya berasaskan makanan laut iaitu sotong, udang dan seekor ketam kecil. Otak-otak ni, di bahagian bawahnya diliputi oleh sayur, aku tak pasti sayur apa, tapi rasa macam mawi sawi. Sesiapa yang ketagih otak-otak tu bolehla order kot, tapi bila makan banyak-banyak dengan nasi, rasa muak la pulak.. Tapi, keseluruhannya, okey la jugak.

—————————

P/S:

Okay tak layout aku kali ni? Betul-betul buat aku pening kepala pakai WordPress ni.

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge