Blues Takde Duit

Salah satu projek aku yang lama terbengkalai akhirnya berjalan jua. Dah terperap lama dah projek ni. Dan aku tak pasti samada benda-benda yang aku simpan masih ada ataupun dah hilang. Kalau hilang boleh diterima lagi, tapi kalau terjumpa dalam keadaan renyuk, memang amat meremukkan hati aku.

Akhirnya, dua poster ni selamat dibingkaikan. Seperti biasa, menggunakan bingkai yang paling cap ayam di kedai frame. Apa lagi kalau bukan ‘frame kotak’ – nama yang digunakan oleh pembuat frame untuk refer kepada jenis frame yang tak berbingkai ni. Dua lagenda rock Malaysia yang sememangnya aku minat. Buat masa ni, takder tempat nak display sebab ‘workstation’ merangkap bilik komputer aku kat rumah masih dalam keadaan tak kemas lagi. Jadi, letak tepi dulu.

Tempat letak tu sekadar nak test saja la… Tak tau lagi nak letak mana. Limited edition Poster Calendar Sayap-Sayap Wings. Skeptikal tentang tahun 2009? Aku tak kisah… Aku ada, korang takder.. Hahahahahaha, selamat dah dalam frame.

Satu lagi valueble piece yang aku ada. Dan berkemungkinan besar akan mengundang kemarahan para guitarist. Pick/Spektrum guitar yang aku bingkaikan!! Aku ada 10 keping, 1 aku amik pakai, 9 aku sumbat masuk dalam frame berbaldu ni. Dah nampak macam anugerah platinum pulak… Maaf yerk kawan-kawan. Aku tau korang mungkin akan marah dengan ayat yang macam ni – “Satu penghinaan besar kepada pemuzik bila benda tu dalam almari, boleh pecah kepala ketar tangan tau!!” – ni ayat Zan Bassist (muakakakak aku ingat lagi ayat ko Zan). Tapi maaflah, pick ni special sangat kat aku sebab ni pick Edrie Hashim sempena pembukaan web Neo Gendang. jadi, tak salah aku kasi frame terus…

Skeptikal yang lagi satu. Naperlah aku buat semua ni dan menghabiskan duit aku? Erm… minat satu hal. Dan, kalau ada rezeki time aku nak pencen nanti, bolehlah kalau aku ada rezeki… Bukak pusat jamming yang ada surau. Masuk waktu solat jer aku off karan suruh semua pi semayang!!!

facebook comments:

4 thoughts on “Blues Takde Duit

  1. Woit!..bila masa aku kuar statement tu?

    Setahu aku medula-oblongata aku tak pernah terhentak dengan kuat dalam tempoh setahun dua ni. Memang aku belum hilang ingatan lagi..huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge