BKS – Satu Terma Baru

Selalunya ada TTS – Teh Tarik Session.

Lepas tu ada NAS – Nescafe Ais Session.

Lepas tu ada pulak MAS – Milo Ais Session.

Semua di atas adalah terma yang digunakan untuk istilah melepak di kedai mamak ataupun kedai tomyam untuk aktiviti makan-makan, minum teh atau sembang kosong. Dan, sekarang, kat Penang dah ada satu term baru iaitu BKS.

Tau tak apa benda tu? Klik untuk tau.. Ini bukan MLM atau nak jual ubat kuat….. :p

BKS tu bermaksud…..

BURGER KING SESSION!

Sabar Menunggu

Makan

Dan Makan!!!!!

Semalam 1st time kami order Out Of Menu punya items. Benda tu ialah Double Whopper dan extra Black Pepper. Rupanya Double Whopper memang dah ada di Penang, cuma tak dimasukkan di dalam menu. Untuk setiap extra clack pepper pulak, charge tambahan RM1.00 dikenakan. Jadi, total untuk Double Whopper+Go Large+Go Ring+Extra Black Pepper ialah RM81.66. Puas makan sambil sembang kat tepi laut. Biasalah, BK tengah full house setiap malam. Nasib baik ada tempat lepak depan BK.

Ah, gila babi seminggu ni aku asyik cerita pasal Burger King. Nak buat macam mana, peghak sikit dengan benda-benda baru. Hahahahahaha…..

facebook comments:

4 thoughts on “BKS – Satu Terma Baru

  1. RM 81??? untuk berapa orang daa?

    anyway asyik baca entry BK ni wa balik JB makan Whopper gak ah… Melaka ada tapiu rasa dia so-so je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge