Bila Serabut Menjadi Ribut

Chapter 1
Ah, dah 2 tahun aku di sini. Dah macam-macam aku lalui. Dan yang paling terkini, aku dapat berita kedudukan struktur di Pulau Pinang akan diteliti semula. Takkan nak re-allign lagi?
Ah, budak boroi yang jahat ni pasti ditendang lagi, buat kesekian kalinya….

  • Ditendang keluar unit bertukar bos – budak jahat
  • Ditendang keluar unit tak tukar bos – adik kesayangan bos!

Hahahaha, sapa tak setuju statement aku tu, belasahla komen kat seksyen komen tu!

Chapter 2
Dan sepanjang 2 tahun ni jugak, betapa celiknya aku dengan servis Streamyx yang dulu aku cukup tension dan meluat akibat kadang2 slow dan kadang-kadang laju. Aku dapat masuk kompeni ni pun rasa-rasanya atas jawapan berkaitan dengan ketidakpuasan hati aku terhadap servis kompeni ni. – dan sekarang, aku dah tau kenapa!!

Dan sekarang, untuk manusia-manusia bebal dan berasa terer tentang telekomunikasi punya problem ni, jawapan aku adalah paling senang, tapi sedikit macam celaka – pi la pakai servis kompeni lain kalau mau.

Dan responnya cukup mudah, daripada customer-customer yang aku pernah interact, dan kebiasaannya adalah lebih kurang 50/50.
50% adalah customer yang sememangnya mengetahui selok belok masalah telekomunikasi daripada peringkat local mahupun international, dan 50% lagi adalah customer yang bangang tak berapa nak tau tapi buat-buat tau.

Chapter 3
Aku dah siapkan migration untuk 2 tempat utama yang heavy gila utilisation internet ni. Dan kalau dari segi teorinya, sepatutnya dalam maksimum 2 bulan, kelajuan internet untuk 2 area ni akan terasa kesannya.

Senang cerita, benda yang aku buat ni, sebijik macam mat Bangla yang sedang melebarkan Jambatan Pulau Pinang. Daripada dua lorong, menjadi 3 lorong. Jadi, bolehla merempit motor puas-puas atas jambatan (aku heran, napa takder orang race atas jambatan? Takut jatuh laut ker?)

Dan, buat pertama kalinya, aku rasa syukur sangat-sangat sebab aku adalah orang yang paling baru dalam kompeni ni diberi kepercayaan untuk allign benda ni di area Barat Daya Pulau Pinang. Macam tak caya, duduk sebaris dengan pioneer-pioneer broadband Pulau Pinang. Terima kasih pada 3 senior aku yang telah mengajar sepenuh masa, sapa lagi kalau bukan Encik Darus, Encik Jasni dan Encik Shahrunizar. Semua dah naik pangkat, alhamdulillah.
Sekarang, tinggallah aku menjadi macai kompeni, tunggu masa nak ditendang lagi.

Chapter 4
Ni pun satu lagi masalah. Tapi masalah aku saja. Berserabut sampai kadang-kadang aku rasa macam nak pi satu pulau, pasang khemah, manceng, dan sapa pun jangan cakap ngan aku. Biar aku dan ‘Wilson’ sembang kat atas batu tepi laut.

Dan semestinya, orang yang dapat sijil pekerja cemerlang ni, memang tak lama dah. Yerlah, selalunya, kalau dah cemerlang-cemerlang ni, mesti la ada makan free kan? Aku ucapkan, cepat-cepatla sikit… Aku dah tak sabar makan free.
Uish!!! Nama macam kenal la!!!!

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

3 thoughts on “Bila Serabut Menjadi Ribut

  1. ntah lan mana neh…oit nape x edit da nama tu..haih jatuh saham den..

    tp xpe satu sijil pon valid utk 4org tu..kan cieyla kan..wink*…

    kah kah kah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge