Bila Pomen Tunjuk Skill

Sebelum aku mulakan mukadimah aku untuk hari ini, aku nak ulas sikit artikel ni. Artikel pasal kenapa orang Malaysia tidak suka membaca.

Dalam artikel ni, diceritakan la yang kenapa rakyat Malaysia ni tak suka membaca, tapi akhirnya aku cuma baca setengah artikel saja… Rupanya, aku terlupa, aku pun memang tak suka membaca!!!

Trivia:

Jika statistik pada 1997 menunjukkan rakyat hanya membaca satu muka surat buku dalam setahun, ia hanya ‘meningkat’ kepada dua muka surat pada 2002. <– Hebat! Malaysia Boleh!

Komen Aku:

Terlampau banyak masalah rakyat Malaysia yang sedang difikirkan sampai tak sempat membaca. Hutang keliling pinggang, masalah kerja, rumahtangga, minyak mahal, harga barang mahal, teh tarik naik harga, hantaran melampau mahal, kenduri katering charge RM8.00 satu kepala, English Premier League punya sindrom nak beli jersi ori tak mampu, Final Piala Malaysia pulak nak jadi poser ke stadium pun nak kena beli jersi negeri, semuanya merunsingkan rakyat Malaysia sehingga tak sempat membaca.

Penyelesaian untuk Rakyat Malaysia membaca?:

  • Naikkan gaji (banyak-banyak)
  • Turunkan harga barang

Confirm semua rakyat Malaysia ada banyak masa nak membaca! Gua cakap sekali lagi, KOMPOM!

———- situasi yang membuatkan aku tak dapat membaca————–

Berikut ialah konon-kononya aku yang sedang menghadapi masalah kewangan yang serius sekarang ni, berusaha untuk menjimatkan wang. Dengan hanya RM200.00 (duit hutang) yang ada di tangan, aku kena fikirkan benda-benda ni:

  • Road tax akan mati 28 Feb 2010. Bila ditanya berapa, rupanya semua harga polisi insurans dah makin tak masuk akal. Kena kira umur owner dan umur kenderaan pulak! Makin lama kenderaan, makin mahal insurans. Bayangkan motor aku yang selalunya 3rd party All Rider dalam lingkungan RM60.00 saja, kali ni merasa la insurans RM90.00++ pakai insurans yang paling murah (P&O). Kalau pakai Kurnia, merasa la RM100.00++ pulak! Gila.
  • Tayar belakang dah botak. Bahaya ni, motor smash ni la nyawa aku nak pergi kerja, terpaksa tukar…. Duit lagi!

Maka, demi nak save kan dana yang masih ada, aku pun bertekad nak buat sendiri semua kerja ni setelah dah berapa lama tak pegang tools motor. Tayar yang dipilih ialah Maxxiss Diamond MA-3D. harga, RM88.00, bagak mahal kat tempat aku. Terpaksa aja beli. Tiub dalam nasib baik dah ada yang lama punya, pakai dulu sementara ada peluang.

Tayar ni memang stylo abis. Dah la bunga sampai ke bibir tepi (kira-kiranya boleh lipat sampai cecah telinga la), ada marking Diamond tu yang tak tahan tu…. Aku ingat susah-susah sangat time nak bernikah nanti, aku kerat aja logo diamond ni bagi kat Nurul. Tak mampu nak beli diamond betul. Hahahaha…..

Bila dah bukak sendiri ni, baru tau betapa teruknya keadaan dalam rim motor ni. Rim ni dah berusia hampir 10 tahun. Aku masih lenjan pakai. Rim Alloy.. tahan jugak rupanya…..

Punyalah menyiksa nak bukak tayar ni.. Dah lama tak buat kerja-kerja ni.

Tapi aku tak paham kenapa keadaan alloy dalam ni sampai boleh terkopek macam ni. Aku harap ada engineer-engineer pasal chemistry iron ni boleh explain kena alloy boleh jadi macam ni. Sedangkan secara teori yang aku tau, sepatutnya alloy tak boleh jadi macam karat-karat ni. Jangan tanya aku lebih-lebih sebab masa SPM, aku dapat 8 saja untuk Kimia.

Dan yang paling macho sekali, akhirnya niat aku nak membuat benda ni sendiri kat rumah berakhir kat kedai moto jugak akhirnya! Hampeh betul, baik punya masuk tayar, aku punya pam punya pam punya pam, pesal tak kembang-kembang? Rupanya tiub dalam bocor sebab terkena tools pengopek tayar tu semasa aku nak masukkan tayar tu balik. Senang cerita, kalau dah takdak bakat tu, memang macam nilah nasibnya! Melepas jugak RM16.00 kat kedai sebab beli tiub baru. Hampeh lahanat betul, buat penat jer.

Maunya rakyat Malaysia tak sempat membaca kalau asyik masalah macam ni jer yang jadi? Dahla tengah takder duit, tayar botak, road tax tak bayar lagi, lepas tu kena bayar extra pulak kat kedai. Ada masa ker nak membaca?

Kan aku dah kata, solution untuk bagi rakyat Malaysia membaca cuma 2 benda kat atas tu saja…. Aku ulang:

  • Naikkan gaji
  • Turunkan harga barang

Owh, heran kenapa rim alloy aku bertahan hampir 10 tahun? Aku bernasib baik kerana rim aku adalah 1st edition yang masuk Malaysia dulu sebelum kebanjiran rim-rim dari siam dan Racing Boy =p

facebook comments:

9 thoughts on “Bila Pomen Tunjuk Skill

  1. 1. [komen ahli kimia xbertauliah] aloi adalah sebatian bbrp logam (compound/mixed metal – adik beradik heavy metal, thrash metal, speed metal), di bwh tekanan yg tggi dan suhu yg berbeza2 strukturnya makin lama lemah.. [dan makin pnjg penjelasan klu diteruskan]… pendek kata nothing last forever (tak tau la klu diamond kat tyr tu)
    2. last skali aku jd pomen tkr tiub motor thn 2006, punyala terer tekial2… lepas tkr xsmpi 2 hari tyr dah pancit blk, rupa2nya waktu aku psng xperasan getah cover rim (apa nama menalah getah dlm pic ke-4 tu?) dah missing, xpasal2 kluar duit lg skali beli tiub + getah tu (kli ni hntr pi pomen, sbb mls dah)

  2. Hahaha best pulok bce abam speed punya komen ttng artikel.
    ya betul sye setuju sgt2 dgn 2 permintaan tu supaya kte boleh baca buku.

    tapi kan, nnti inflasi plak. Rakyat bnyk duit, limpah2. nnti bli barang lame2
    sumber abis. sbb murah sgt, org bli bnyk2. (sekadar ilmu ekonomi asas tahap O-level jek)

    suka baca blog anda. (tumbs up)

  3. haram memang aku tak reti tukar tayar motor…terutama tayar belakang…tu hari tayar pancit pun upah bebudak opis org rumah aku tukar…nak menolak kekedai motor tak larat…jauh…

    bahan bacaan memang mahal beb…nak pegi library terasa macam budak skima pulak…kenal library pun nasib masa zaman2 sekolah dedulu awek ajak dating kat situ…hahaha..

  4. ahaha..ini entry best.aii suka tau.ye latime ni duit mmg tgh tkde..kita semua blh dikatakan ssh cr duit…last2 kena beli itu ini,cas itu ini…manyak susah ma..klu murah tkpe…huhu..agak tensen juga beb!

    last2 ke kedai motot juga…kekekehh!!!

  5. Haha..Mus nasib kita serupa..harap kalo TM bagi bonus 3 bulan gaji tambh plak kenaikan CA 10%, berakhirlah penderitaan kita..

    P/s: lahanut Axiata untung 3 kali ganda dari tahun 2008..apesal pi demerge dulu?

  6. sib baikla semangat nak membaca aku masih kuat lagi…heheh

    mus, tu sebab gua tak berani pomen motor sendiri…tangan gapil nt lain jadinya…haha..elok pi ngantor pomen yg berkelayakan jela…haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge