Betapa Malangnya Rakyat Penang

Dari Sumber BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) — Kadar tol untuk Jambatan Pulau Pinang Kedua adalah sama seperti di Jambatan Pulau Pinang sedia ada sehingga tamat tempoh perjanjian konsesi jambatan pertama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata disebabkan jumlah pelaburan sebanyak RM4.5 bilion dan tempoh konsesi selama 45 tahun, tol akan tetap dikenakan di Jambatan Pulau Pinang Kedua selepas konsesi jambatan pertama tamat.

Najib berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) yang bertanyakan kadar tol untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di Dewan Rakyat di sini pada Khamis.

Najib berkata setelah jambatan kedua itu siap untuk beroperasi pada 2013, kadar tol yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada tujuh kelas.

Katanya, kelas pertama (motosikal) akan dikenakan bayaran tol sebanyak RM1.90, kelas kedua (kereta, teksi dan van dua gandar empat roda kecuali MPV) RM9.40, kelas ketiga (lori dua gandar empat roda termasuk pick up dan SUV) RM16.20, kelas keempat (lori dua gandar enam roda, van dua gandar enam roda, bas dua gandar enam roda) RM33.60, kelas kelima (lori tiga gandar) RM60.60, kelas keenam (lori empat gandar) RM80.80 dan kelas ketujuh (lori lima gandar) RM100.90.

Najib juga berkata kos pembinaan projek untuk Jambatan Pulau Pinang Kedua adalah tidak berubah dan kekal sebanyak RM4.5 bilion.

“Kos tersebut juga termasuk kos membina kawasan penuangan oleh kedua-dua kontraktor iaitu CHEC Construction (M) Sdn Bhd dan UEM Builders Berhad,” tambahnya.

Liew ingin tahu tahap kerja yang telah disiapkan untuk Jambatan Pulau Pinang Kedua dan mengapa jumlah kos pembinaan telah dinaikkan ke RM4.5 bilion dan adakah jumlah itu termasuk kos membina kawasan penuangan.

Najib berkata sehingga 23 April lepas, tahap kerja yang telah disiapkan bagi kerja-kerja fizikal untuk Jambatan Pulau Pinang Kedua bagi pakej satu ialah 13.39 peratus siap, pakej dua (16.51 peratus) manakala bagi pakej ketiga, ia masih dalam proses tender dan telah mula dinilai pada 19 Mac lalu.

Jambatan kedua sepanjang 26 km itu akan menghubungi Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di tanah besar.

Konsesi selama 25 tahun untuk jambatan pertama pula akan berakhir pada 2018.

—————————————–

Gila ka hapa konsesi nak naikkan harga dari RM7.00 ke RM9.40? Ingat gaji kami semua sebulan Rm10,000 ka? Agak-agakla woi!!!!

Untuk motor pulak, dari RM1.40 ke RM1.90? Peningkatan RM0.50. Gila babi betoi! Kali ni, gua rasa bukan saja semua orang akan marah dengan Kerajaan Negeri, tetapi sekali dengan Kerajaan Pusat pun gua rasa dah buat satu keputusan yang paling hamlau dan paling xxxxx xxxxx dalam masa beberapa tahun ni.

AGAK-AGAK LA WOI!!!!!!!!!!!!!!

Tungging terbalik la PRU nanti.

p/s: Edited on 21st June 2010 2.42 PM setelah mendapat teguran. Hehehe

facebook comments:

4 thoughts on “Betapa Malangnya Rakyat Penang

  1. bertukar themes lagi eh?

    klu mcm tu guna jambatan no 1 la… awat nak guna no 2, rmh hang bkn kat batu kawan kan?

    atau aku bg cadangan hang sewa rmh kat batu uban ke, batu maung ke. jgn sewa kat batu gajah dahlaa…

  2. Pingback: Cuti Yang Tak Cuti « Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge