Berlari-Lari Sehingga Hampir Pengsan

Hari ni, kami berlari-lari di atas bukit. Dah lama kami tak lari-lari macam ni. Lari-lari kami nampak pokok durian. Dah berbuah.

Bila nak luruh? Tak sabar tunggu musim durian. Durian Penang kalau makan, boleh demam. Demam bukan sebab durian tu panas. Tapi demam sebab harganya ‘panas’. Kami sabar. Kami lari lagi.

Kami lari lagi. Kami lari-lari di celah-celah rumah orang. Mesti depa kata kami gila lari-lari kat tepi-tepi rumah orang. Tapi nak buat macam mana. Kami kena lari jugak.

Kalau tak lari kami sakit. Kami lari-lari lagi. Kami jumpak kedai Nasik Kandar kat jalan yang kami lari tu. Terasa macam nak berenti makan, tapi kami kan tengah lari? Kami sabar. Kami lari lagi.

Kami lari lagi. Kami masuk balik ke tempat kami mula-mula lari tu. Kami nampak ada budak-budak ponteng sekolah sambil hisap rokok. kami nak tegur, tapi kami malas. Biarkan aja mak bapak budak tu tegur.

Serendah-rendah iman, kami benci saja dalam hati. Kami nampak ada couple tengah berasmaradana atas wakaf rehat. Niat hati nak ambil gambar, tapi kami kan tengah lari? Maka kami tak jadi ambil gambar. Kami lari lagi.

Selepas kami lari. Perasaan sabar tak dapat dibendung lagi. Kami pekena Nasi Lemak sebungkus dan kopi ‘o’ ais. Sekurang-kurangnya kami dah lari!!!

Pesanan Penaja: Syarikat menggalakkan senaman pada setiap pagi Rabu di premis syarikat ataupun kawasan sekitar demi gaya hidup yang sihat. Dan sekurang-kurangnya, ia adalah pelepas tekanan yang baik.

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

5 thoughts on “Berlari-Lari Sehingga Hampir Pengsan

  1. lari jgn tak lari.

    perut tu jgn kasi tinggal kat belakang oke! heheheh!

    btw aku lupa nak taruk. nanti aku taruk k. huhu

  2. aku balik timbang berat semalam. Aku dah turun 5 KG!!! Satu pencapaian yang amat membanggakan dalam 2 tahun ni sebab tak pernah turun. Sebelum n i makin naik adalah!!!!

    @Mazlan Idres
    Tu la, aku ajak hang takmo pi… jom minggu depan kita lari lagi..

    @Husni Zaim Ishak
    Apa yang hang lupa taruk? bukan ke hari2 hang selalu taruk? Wakakakak

    @Paiseh
    Yang berasap tu ubat asthma aku. Kalau aku tak berasap, nanti aku kena asthma dan kerajaan malaysia akan rugi RM5 billion setahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge