Belasungkawa: Mohd Yusof Bakar Roda-Roda

Gambar ihsan paksarela yang aku edit dari New Straits Times Google Edition

Pada hari ini, dunia permotoran Malaysia telah diberitakan berita sedih dengan pemergian Allahyarham Mohd Yusof Bakar atau lebih dikenali dengan Big Boss RR dan sering menggunakan nama singkatan MYB di dalam majalah Roda-Roda. Berita ini diketahui melalui seorang rakan, Firdaus yang bekerja di Majalah Roda-Roda. Dimaklumkan MYB telah meninggal dunia pada jam 3.45 petang di hospital. Daripada berita awal, beliau meninggal akibat daripada masalah darah putih melebihi daripada darah merah (namun belum dapat dipastikan sebab sebenarnya).

[box type=”note”]Gambar lain di blog Orang Kecil Orang Besar[/box]

Apa-apapun, kita sebagai manusia, tetap akan kembali kepada fitrah. Saya dan bikers-bikers lain tidak kira daripada pemilik sekecil-kecil sehinggalah sebesar-besar motosikal mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham. Sesungguhnya usaha allahyarham dalam mengangkat majalah Roda-Roda selama 25 tahun di Malaysia dan memberikan ilmu-ilmu permotoran yang bukan sedikit kepada pembaca Roda-Roda melalui penerbitan majalah tersebut.

Al-Fatihah

facebook comments:

4 Replies to “Belasungkawa: Mohd Yusof Bakar Roda-Roda”

  1. baru harini aku tau maksud perkataan “belasungkawa” tu, disebabkan ada 2 entri belasungkawa hari ni
    Ijau D. Koceng recently posted..Ada Apa Dengan En Vivo?

  2. Saya Kenny Tan daripada Kedah/Penang,merasa sangat sedih kerana pada hari ini baru saya dapat berita yang BOSS iaitu MYB telah tiada lagi didunia ini,mungkin geng geng mat motor pada ketika ini tidak kenali saya kerana saya telah lama meninggal motorsikal sejak saya memakai kereta dan buat kelas senamrobik.Saya mulai melanggang majalah Roda-Roda pada tahun 1986,iaitu pada mula ia dikeluarkan,dan banyak espedisi telah saya menyertaai seperti Lucky Strike Exploder ke Pasir Gudang dan sebagainya.Pemergian MYB adalah satu kehilangan besar kepada geng-geng motor.

    1. Hi Encik Kenny. Anda mungkin berminat untuk mengenali Saudara Lukman. Beliau adalah bekas wartawan Roda-Roda dulu

      http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

      1. hello bro Lukman,saya teringgin nak bercakap dengan bro Lukman,sila e-mail saya kennypscc@gmail.com.terima kasih.

        Kenny Tan
        K001

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers