Belasungkawa: Din Crosstown

Bergambar dengan Allahyarham pada 2010

Pada pagi ini, aku dikejutkan dengan satu komen di entry review album Jejak-Jejak (1994) yang menyatakan bahawa Abang Din telah tiada. Dengan beberapa blog seperti yNot Studio dan SharpShooter juga telah memaklumkan perkara yang sama.

Adalah dimaklumkan bahawa Abang Din Crosstown telah meninggal dunia pada malam 2 April 2012 akibat daripada kanser. Allahyarham telah dikebumikan tadi, selepas waktu Zohor berpandukan dengan apa yang tertera di entry yNot Studio:

[quote style=”boxed”]According to a post by Raggy Singh on Facebook, his funeral will be held today (Tuesday 03 April) at Masjid Jelutong after Zohor prayers (~1.20pm). You may contact his son Wan for details at 012-4241034 if you wish to pay the last respect.[/quote]

Lagu Crosstown paling femes

Allahyarham banyak memberikan tips dalam memilih gitar dan RGR321EX aku adalah salah satu daripada tips beliau. Begitu juga dengan gadget dan amplifiers yang sesuai untuk bedroom guitarist macam aku ni. Jadi takla membazir sangat nak ambik Mesa Boogie kan kalau main pun sedakat tiuuu tiuu tiuuuu aja. Heheheh.

Lagu Sal sebenarnya ada dalam 3 bahasa

Abang Din (arwah sign autograph dengan nama ‘Deen’) last sekali aku jumpa adalah sewaktu Majlis Aidilfitri pada tahun 2010. Seharian aku cuba mencari gambar aku dengan arwah pada majlis tersebut, tak pasti pula di mana letaknya. Gambar aku di atas pulak, ramai pulak yang edit dan crop ambil gambarnya tanpa letak backlink site aku ni. Apa-apapun, allahyarham sememangnya dikenali di Pulau Pinang kerana bakatnya. Hasil kerja tangannya dalam membaiki gitar-gitar tidak dapat dipertikaikan lagi. Bersama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham abang Din.

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge