Belasungkawa: carvedijan

Aku menerima berita yang amat mengejutkan pagi ni daripada Zul. Cukup mengejutkan.

“Salam. Ingin dimaklumkan sahabat kita, ijan @ roshizal presiden Sayap2Wings kembali ke rahmatullah 7.30pg td. alfatihah.”

Aku tergamam ketika membaca sms tu. Biar betul Zul ni!!!!? Aku telefon Zul, tapi tak dapat. Aku call pulak Zan, kedengaran bunyi sibuk… Ya, Zan berada di hospital, arwah masih di sana untuk dibawa pulang ke rumah. Katanya, sesak nafas…

Aku terkedu lagi. Baru dua-tiga hari lepas rasanya aku bercakap dengan arwah. Arwah menjemput dengan bersungguh-sungguh untuk aku tumpang tidur di rumahnya, sebab sama-sama nak pergi ke Konsert Search 1 Ogos 2009 nanti. Aku menolak pada mulanya kerana takut menyusahkan. Tapi arwah berkeras dan aku setuju.

Sekarang, dengan persiapan Search yang nampak kelam kabut dan seperti tidak bersungguh-sungguh untuk menjayakan ‘konsert penghargaan‘ mereka tu di Bukit Kiara, niat aku tu terus terpadam untuk ke sana kerana aku telah kehilangan seorang sahabat, yang berdedikasi terutamanya melibatkan Sayap-Sayap Wings. Ya, aku tidak akan pergi ke Konsert Search nanti, muktamad.

Hari ini, aku kehilangan seorang lagi sahabat, presiden dan seorang otai rock.

Roshizal Bin Ibrahim (aka carvedijan, ijan)
19 July 1974 – 25 June 2009

Alfatihah. Rest In Peace Bro Ijan.

facebook comments:

3 thoughts on “Belasungkawa: carvedijan

  1. Pingback: Wau Ya Nga Sin = Kepak-Kepak « Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge