Beefilicious Lovers Day!

Promotion extended!

Dah lama aku tak cerita pasal Burger King semenjak Whopper Madness Day haritu. Dah 2 tahun rupanya. Salah satu sebab ialah kedudukan outlet Burger King kat Penang ni leceh sikit, sementelah aku pulak tinggal di tanah besar semenanjung. Jadi, kalau teringin pun, aku terpaksa datang pada hari kerja ataupun kalau aku ada hal di area tanjung ni.

Nasib baik tak ramai

Promosi kali ni, Burger King dah announce yang waktu yang sah ialah pada pukul 2 petang sampai pukul 6 petang sahaja. Sesiapa yang kerja mengikut office hour mestilah frust kan? Aku tak frust sebab kerja aku, takdak waktu makan yang tetap. Hahahahaha… Jadi, bila sampai kat outlet Burger King Promenade ni (persiaran Sungai Pinang, bakal menjadi ‘Gurney Drive’ yang baru) memang lengang la. Aku pun cuak jugak sampai kena tanya awek kaunter ni, “bukan hari ni Burger King ada buat Angus Promotion ka?” Akhirnya, promosi dilanjutkan sehingga waktu perniagaan tamat (diumumkan melalui facebook). Mungkin kerana tak ramai orang tahu ataupun orang tak suka sangat dengan Supreme Angus Steakhouse ni.

Untuk makluman, promosi Supreme Angus Steakhouse ni aku tau dari laman Burger King Malaysia di facebook. Dan yang pastinya, menu ni tak disebut di dalam laman rasmi Burger King. Jadi, aku tak ada info sangat melainkan daripada Wikipedia. Mengikut Wiki, ANGUS merujuk kepada baka lembu yang dibiakkan untuk menghasilkan daging, dan biasanya dikenali sebagai Aberdeen Angus. Manakala carian aku yang lain telah membawa kepada penemuan Black Angus Steakhouse, sebuah restoran berangkai yang berasal dari Seattle.

Jadi, aku tak pasti samada Supreme Angus Steakhouse ni berasaskan steak famous restoran itu atau sebaliknya, kerana tiada maklumat lengkap di laman Burger King. Dan yang special, menu ini tiada di menu utama Burger King. Mungkin hanya ada apabila tiba waktu promosi? Harap-harap Burger King boleh bagi info sikit.

Supreme Angus Steakhouse, Spicy Jalapeno

Ok, aku rasa, semua iklan tak kira BK, McD, KFC dan lain-lain semua sama saja, mesti ada tulis “illustrated purpose only” atau “cadangan hidangan sahaja”. Tetapi tidak pada Burger King. Boleh dikatakan semua iklan tidak tertulis benda tu, jadi tension jugakla kan bila tengok burger secara realitinya kan? Hahahha… Sebenarnya, pada waktu outlet BK Promenade ni dibuka, aku perasan semua staff pada waktu tu diimport khas dari BK Central, maksudnya semua orang lama dari Kuala Lumpur, dibawa khas ke Pulau Pinang untuk memberi latihan kepada staf-staf Penang. Waktu tu, servis dan burger presentation untuk Whopper memang terbaik; puas dan sos banyak. Selepas outlet ni dah penuh dengan local staff, mula la buat pasal, sos lada hitam pun dah sikit dan tak banyak macam mula-mula dulu. Aku harap pihak Burger King pesan la staf-staf kat outlet Penang ni, jangan kedekut sangat letak sos lada hitam tu. Sebab pepatah pun kata, kalau sedap dan puas hati, pasti orang hendak lagi.

Ho ho ho!

Akhirnya, aku sambar 3 burger kelmarin. Jalapeno tu, aku makan di outlet. Blackpepper pulak, aku bungkus bawak balik, konon-kononnya nak bagi kat wife dan mak mertua, last-last aku yang makan jugak. Ha ha haaaaa!!!

Dari segi rasa, aku prefer Whopper lagi. Tapi, Supreme Angus Steakhouse ni, bolehla dicuba untuk mendapatkan satu rasa kelainan. Seolah-olah daging stik dibalut dengan roti burger pun ada jugak.

facebook comments:

One thought on “Beefilicious Lovers Day!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge