BBQ Geng Mamoo Farouk

Pemandangan Sebuah Pulau Yang Penuh Angker

Plan mengejut yang telah dianjurkan oleh Shahrul (Pak Itam), salah seorang junior sekolah aku yang aku lebih mengenali dia melalui dunia permotoran berbanding ketika zaman sekolah. Dan nak dijadikan cerita, dia pun minat bab-bab klik sana dan klik sini.

Awek Banyak Kat Queensbay Sampai Aku Asyik Candid

Shahrul buat invitation mengejut pada 15 September 2010 melalui Facebook, menyatakan yang dia dan geng FZ150 yang lain akan organize satu BBQ di pantai Seagate. Jadi, pada 16 September seperti yang dijanjikan, selepas selesai open house kecil-kecilan di rumah kakak aku…. Aku, Cikgu Hanif dan Fauzan bertolak ke Queensbay yang telah disetkan sebagai Rendezvous Point (RV). Ada la beberapa kerat orang kat sini yang telah menunggu termasuk si dalang utama rancangan jahat untuk memabakar mangsa-mangsa seperti ayam di tepi pantai ni iaitu si Shahrul Pak Itam sendiri.

Duduk-duduk di pantai Queensbay ni, aku pun mula test fungsi Panasonic Lumix DMC-TZ10 aku nih. Macam gambar awek yang aku test buat candid kat atas tu, aku full zoom 16x dengan fungsi IA saja (Lumix Intelligent Auto Technology). Jadi, aku tak payah susah-susah nak pikey pasal exposure, ISO dan segalanya. Just click and snap saja, as easy as ABC. Snap-snap jugaklah kan, tapi kena la sepam dua amarah cemburu cik Nurul bila gambar awek jer yang banyak aku candid. Yerlah, takkan aku nak candid apek ngan pakcik-pakcik otai ajer kan. Mestilah awek! Kuikuikui….

Mangsa Yang Terbakar

Jenuh la amik gambar takdak speedlight

Dalam test-mengetest tu, Shahrul pun bawak Nikon D3000 dia sekali ngan tripod. Masa petang, bolehla test Nikon + Kit Lens dan jugak lens Tamron 70-300mm dia. Lens tele yang cukup best untuk street candid. Tetapi, memandangkan bila waktu malam, dan dia pulak tak beli lagi speedlight dan mengharapkan flash saja, boleh dikatakan compact camera adalah penyelamat utama. Bukan apa, DSLR tanpa appropriate speedlight/diffuser memang kualiti gambar macam hampeh. Kuikuikui…

Jangan Risau, Bahan Bukti Tetap Tiada

Dengan RM10.00, kami dapat merasa Ayam, Udang, Satay, Hot Dog, Air Gas dan Laici/Soya termasuk drinking water. Kuaci dan Twisties size jumbo usah dikata. Dan apabila dikira, hasil RM10.00 yang dihulur oleh 18 orang masih mempunya balance sebanyak RM0.75 sen! Jadi, apa barang dengan organizer yang kutip sampai RM30.00 satu kepala? Fikir-fikirkanlah…… Kalau kenyang sampai meletup perut takpalah jugak…

Long Exposure: 1.3 sec, ISO 250 with Lumix DMC-TZ10

Sambil-sambil makan tu, sempat jugaklah aku amik kesempatan main fungsi manual yang ada pada Panasonic Lumix DMC-TZ10 aku ni untuk test Long Exposure banyak digunakan untuk ambil light trail seperti contoh gambar di atas. Walaupun tak sehebat dan secun DSLR, sekurang-kurangnya fungsi manual pada compact camera tu telah terpakai dengan semaksimum mungkin. Sebab tu, fungsi manual tu penting!

Group picture paling cun tahun ni, pendapat aku la...

Terima kasih pada Shahrul selaku organizer, Dean dan Nyetok selaku runner barang paling berkaliber. Terima kasih juga pada orang rumah Abang Zainal yang rajin memanggang dan si Fauzan yang rajin kipas bara arang. Aku? Huhuhu, aku la yang tolong perabiskan semua lauk tu.. Huhuhuuu……

Dalam dok amik group picture ni la, aku terpatahkan lever gear tripod si Shahrul. Sorry banyak-banyak bro, ala… Kita 2 budak Free School memang ganas-ganas sikit bila handle barang. Mesti ada patah-patah, koyak-koyak dan pecah-pecah. Hehehhee….. Lepas selesai acara memanggang dan amik gambar sepam-dua, mestilah kena kemas balik kawasan pantai Seagate ni (atau lebih tepat, berhadapan Agilent). Nasib baik aku bawak plastik sampah. Kumpul semua sampah, pek elok-elok dan letak kat satu tempat untuk MPPP kutip awal pagi esok.

Selepas selesai semua, ada la yang balik, manakala kami yang kelawar sikit ni, melepak lagi bersembang (TTS) di Nasi Kandar Pelita Bayan Baru. BBQ Raya terbaik yang aku pernah attend setakat ni. Best dan relax.

facebook comments:

3 thoughts on “BBQ Geng Mamoo Farouk

  1. hehehe… mmg dah jadi nama rasmi “pantai seagate” dari dulu lg kan? wlupun bkn kat dpn kilang seagate (wujud lg ke kilang seagate tu?)

    aku rasa sbb maksud “gerbang pantai” yg mmg sesuai membuatkan nama tu melekat, dan mungkin ramai yg tak tau seagate tu adalah brand hard disk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge