Bawal Goreng, Panas!

Dua-tiga hari ni, terasa pula aku nak makan nasi putih dengan ikan bawal goreng. Semua ni gara-gara dekat Adik Nasi Ayam ni, ada gerai yang jual ikan bawal goreng panas-panas.Gerai ni terletak betul-betul di hadapan Caltex Jelutong, atau sekiranya korang tahu Bank Rakyat (yang lama), kat situ lah. Macam astaka, tapi kecik saja tempatnya.

Pasal nasi ayam ni, aku cerita lain kali. Layan gambar aja dahla noh?


View Adik Nasi Ayam Dan Ikan Bawal in a larger map

Parking tu, boleh tahan susah jugak nak cari. Paham-pahamla pekan Jelutong ni sibuknya macam mana, jalan sempit pulak tu. Jadi, pandai-pandailah nak cari. Kedai ni pulak, jangan pi lambat sangat, nanti gulai habis. Waktu terbaik, dalam 12.00-1.30 tengah hari, memang tengah ramai.

Kedai dia yang hujung sekali, order layan diri

Harga Set Ikan Bawal yang aku teringin tu

Lepas kita order, baru dia akan goreng. Kena sabar sikit

Dalam set tu, ada nasi putih dan ulam kacang botol

Dalam set tu, ada semangkuk gulai yang agak pekat, cukup rasa

Sorry beb, pecah air liur!!! Sambal belacan dan bawang + cabai potong untuk ikan goreng!

Bawal Hitam digunakan sebagai menu utama, hidangan power bila panas!

Berbaloi untuk dicuba! Hari-hari nasi campur dan nasi kandar pun boleh boring jugak kan?

7 thoughts on “Bawal Goreng, Panas!

    • Kalau nak kata sedap, rasa-rasanya semua venue yang jual tu sama saja sebab nama pun bawal goreng kunyit. Masak kat rumah panas-panas pun sedap.

      Yang nak bezakan tu, cuma rasa gulai yang diberi, pakej dan yang paling penting… Harga.

  1. Pingback: Nasi Ayam Lagi!!! « Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge