Ulang Tahun Ke 80 Batman oleh Pos Malaysia

Lama aku tak post hal-hal berkaitan filateli. Sebab apa? Sebab aku dah lama tak beli la!

Tapi memandangkan kali ni, aku rasa tawaran oleh Pos Malaysia ni tak boleh ditolak. Sempena ulangtahun Batman yang ke 80 tahun, dua produk dikeluarkan iaitu:

  • Batman 80 Anniversary folder
  • Batman 80 Anniversary special pack

Folder ni berharga premium iaitu RM120.00 per set manakala Special Pack lebih ekonomi iaitu RM10.00.

Perbezaan harga ni aku ada terangkan dalam video di bawah.

Untuk set di dalam folder, item yang ada adalah:

  • Folder (memang cun)
  • Souvenir cover 1
  • Souvenir cover 2
  • Souvenir cover 3
  • Stamp sheet 1
  • Stamp sheet 2
  • Stamp sheet 3
  • Postcard 1
  • Postcard 2

Manakala untuk Special Pack:

  • Envelope
  • Stamp sheet
  • Detachable postcard

Aku terlepas beli folder Limited Edition 80 Years Marvel stamp folder set, tapi bila aku nampak Batman, memang tak boleh dilepaskan lah.

Pejam mata, beli ajalah.

facebook comments:

One Reply to “Ulang Tahun Ke 80 Batman oleh Pos Malaysia”

  1. aku dah give-up kumpul filateli hampir 10 tahun lepas…
    aku dah give-up dengan keinginan untuk kumpul benda2 berkaitan pop-culture…
    mungkin akan give-up dengan hobi kumpul mengumpul, mungkin…
    Ijau D. Koceng recently posted..T-Shirt Autism Awareness (Part 2)

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers