Batman: Arkham City

Batman Arkham City adalah sequel kepada Batman Arkham Sylum yang dibangunkan oleh Rocksteady Studios telah dinobatkan sebagai Game of the Year, Best Action game, Best Action Adventure Game, best Adventure Game dan Best Original Music Score oleh game review aggregator; Metacritic pada 2011. Versi Batman Arkham City: Game Of The Year telah dikeluarkan semula pada May 2012 dengan beberapa ciri tambahan kepada game ni.

Batman: Arkham City received critical acclaim. Aggregating review websites GameRankings and Metacritic gave the PlayStation 3 version 95.94% and 96/100,the Xbox 360 version 94.06% and 94/100 and the PC version 90.79% and 91/100. – Wikipedia

Walaupun penilaian tertinggi diberikan kepada permainan konsol (95-97%), sebagai pengguna PC (ia menerima sekitar 90-91% undian), aku akan ulas permainan ni melalui PC kerana sememangnya aku tak ada konsol kat rumah, ada PC dan laptop saja.

 

Asus EN 250GTS DK  aku dah siap daripada proses RMA (Return Merchandise Authorization) setelah mengalami masalah artifact. Masalah artifact yang dialami dulu boleh dikatakan agak teruk dan annoying. Cuma sebetulnya, aku tak pasti adakah ia disebabkan artifact ataupun screen tearing kerana setelah aku pakai ATI Radeon HD5450 (low end) dan RMA GFX card aku ni pun, masalah “particles” yang muncul di monitor Samsung P2770H aku masih terus berlaku. Cuma ia tak seserius dulu, sampai screen jadi blank dan kena restart system! Mungkin sekarang aku patut cuba try set V-Sync off dan rendahkan resolusi screen, lepas tu baru boleh tahu (atau upgrade GFX, hehehehe)

Memandangkan ATI Radeon aku sangat low end, aku bukak kembali package 250 GTS aku tu daripada package RMA (tak buka sejak RMA sebab cadang nak jual saja) dan layan Batman Arkham City dengannya. Video youtube kat bawah ni, benchmark game tersebut untuk system yang aku pakai dengan setting PhysX off/enable/maximum. Kalau off pun tak best sebab effect asap dan kaca pecah dalam game takkan nampak. Kalau GFX card aku lebih high end, aku takleh bayangkan la betapa best lagi grafik game ni.

Penceritaan game bermula dengan klip menunjukkan Bruce Wayne membuat sidang akhbar menentang Arkham City; sebuah penjara super yang menempatkan ribuan pesalah dalam sebuah bandar sebelum dia ditangkap oleh pegawai TYGER dan turut disumbat ke dalam Arkham City! Dia dibantu oleh pembantunya yang setia; Alfred yang memberinya pelbagai jenis supply melalui airdrop dan membolehkannya menjadi Batman. Batman Arkham City memaparkan pandangan daripada orang ketiga (3rd eye) dan berasaskan permainan action-adventure. Apa yang aku suka dengan game ini ialah, setiap adegan fight Batman dan orang jahat (inmates) adalah “hentam sajalah labu” ataupun free-fight. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh ke wikipedia Batman Arkham City untuk membaca dengan lebih lanjut.

 

Game ini diuji ke atas sistem aku iaitu:

Intel Core i5 760
Windows 7 Ultimate Edition SP1 (Build 7601)
CPU Arch : 1 CPU – 4 Cores – 4 Threads
CPU PSN : Intel Core i5 CPU 760 @ 2.80GHz
CPU EXT : MMX, SSE (1, 2, 3, 3S, 4.1, 4.2), EM64T, VT-x
CPUID : 6.E.5 / Extended : 6.1E
CPU Cache : L1 : 4 x 32 / 4 x 32 KB – L2 : 4 x 256 KB
CPU Cache : L3 : 8192 KB
Core : Lynnfield (45 nm) / Stepping : B1

Freq : 1264.4 MHz (140.49 * 9)
MB Brand : Asus
MB Model : P7P55 LX
NB : Intel DMI Host Bridge rev 11
SB : Intel P55 rev 06
GPU Type : NVIDIA GeForce GTS 250
DirectX Version : 11.0

RAM : 4096 MB DDR3 Single Channel
RAM Speed : 702.4 MHz (2:10) @ 9-9-9-24
Slot 1 : 2048MB (10700)
Slot 1 Manufacturer : Kingston
Slot 2 : 2048MB (10700)
Slot 2 Manufacturer : Kingston

Batman Arkham City ni memang terbaik bagi pandangan aku. Aku bukannya gamer tegar, dan aku tak dapat luangkan lebih daripada 2 jam untuk mengadap PC setiap hari. Jadi, janganlah gelak dengan cutscene yang aku rakam kat atas tu (aku pakai Camtasia Studio 8). Tambahan sekarang, kalau aku teringin nak main, aku kena tunggu Mrs Speedrider dan Muhammad Qayyum tidur, selepas tu baru aku akan on PC aku dan layan game ni sampai maksimum oukul 2.30 pagi. Dah banyak hari aku main, progress game baru 3%, hahahaha teruk betul aku!

facebook comments:

2 thoughts on “Batman: Arkham City

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge