Batang Hidung Sendiri

Courtesy of NST, Pic by Siti Azila Alias

Bernama [Baca]
Harian Metro [Baca]
News Straits Times [Baca]
Berita Harian [Baca]
Yahoo! Malaysia [Baca]
MalaysiaKini [Baca]
Sinar Harian [Baca]

Biasanya, berita-berita sebegini sememangnya hanya terjadi kepada orang lain. Bezanya kali ini, kejadian ini menimpa pada diri aku sendiri dan melibatkan keluarga aku sendiri.

Ya betul, Cik Elle sudah tiada. Kejadian pada petang Sabtu 18 Ogos 2012 telah mengubah segala-galanya. Kami telah disamun di Kompleks Dato Kailan, Kepala Batas lebih kurang 4.30-4.45 petang ketika begitu ramai orang di sana pada hari sebelum Hari Raya. Aku rasa tak perlu aku nak explain detail memandangkan aku dah menggunakan perkataan ‘samun’, terpulang pada anda nak menakrifkannya bagaimana.

Pada aku, sememangnya aku berasa amat terkilan dengan beberapa komen, tak kira daripada komen-komen dalam berita online yang aku berikan di atas ataupun komen yang aku dapat secara berdepan.

Kenapa tak kunci pintu” dan sebagainya paling kerap ditanya. Tapi aku harap mereka tahu sistem central lock Persona tak sama dengan Proton Saga dan Proton Wira. Sistemnya hampir sama dengan Toyota Vios, Nissan Sentra dan Kia Forte, di mana mustahil untuk lock pintu secara manual apabila enjin tengah berjalan, semuanya kena dikunci dari orang di dalam kereta. Walau bagaimanapun, rupanya untuk Proton Persona, boleh dikunci dari luar dengan sedikit teknik (itu pun dah tahu beberapa hari selepas kena samun, terima kasih Hanif Ali sebab eksperimen kat Proton Exora) – dan beberapa kawan lain yang kelam-kabut test sistem central lock kereta masing-masing lepas kejadian yang menimpa pada kami. Untuk makluman, kereta kami disamun ketika isteri aku dalam keadaan hendak kunci dari dalam kereta dan aku berpaling dari kereta (sebab takut kereta block jalan utama). Dapat kira tak berapa saat diperlukan untuk penyamun carjack kereta tu? Dan malang sekali, sewaktu aku keluar kereta, rasanya aku tak nampak sesiapa pun dekat area kereta aku.

 

Anti Carjacking 101 ini sangat membantu

Kenapa tinggalkan anak bini dalam kereta” pun salah satu soalan yang paling kerap ditanya. Aku rasa, majoriti yang ada anak bini akan tinggalkan anak bini dalam kereta apabila keadaan anak yang tak sihat, dan kereta pulak tak boleh berada dalam keadaan blocking/double-park depan farmasi yang aku nak beli barang tu, terpaksa tinggalkan isteri dan anak aku dalam kereta. Nak biarkan anak aku yang tengah demam tu berpanas? Pada waktu itu, aku fikir tidak. Respon yang aku terima dari kebanyakan orang – kebanyakannya memang tinggal anak bini dalam kereta, cuma nasib tak berapa baik telah menimpa kami.

 

Courtesy of Harian Metro, Pic by Siti Azila Alias

Ironinya, aku pernah menulis tentang keselamatan kereta ini pada 2009 [baca], tetapi sekarang aku sendiri sememangnya habis kata-kata untuk menjelaskan bagaimana perkara ni terjadi, walaupun setiap nasihat dari Kamal Effendi Hashim biasanya aku ikut. Aku rasa, itu semua qada dan qadar yang aku patut terima dan tidak bernasib baik.

 

 

Sejurus disamun, isteri aku sempat menelefon aku (syukur telefon ada di tangannya!) dan aku terus meluru ke kereta apabila isteri hanya menjerit tanpa bercakap di talian telefon. Apa reaksi orang ramai? Aku letak video kejadian samun motorsikal di atas sebagai contoh, itulah yang terjadi pada aku. Lebih ramai yang memerhati daripada menolong. Sejurus isteri dan anak ditolak keluar, rata-rata yang berhenti bertanyakan masalah ataupun yang mahu membantu (menenangkan) adalah peniaga-peniaga Cina di sepanjang jalan dan pengguna jalanraya bermotosikal, semuanya berbangsa Cina! Melayu? Ada satu family berhenti menenangkan isteri aku (kawan isteri aku). Kalau bukan kawan? Aku tak tahu nak jawab apa. Adakah kita rakyat Malaysia lebih gemar menonton ‘drama’? Aku taknak jawab, tengoklah contoh video di atas berulang-ulang kali dan jawab sendiri lah.

Memandangkan kejadian ini telah berlaku pada keluarga aku, aku cuma mampu berpesan supaya anda semua bersifat lebih berhati-hati daripada aku. Maksudnya, sekiranya aku dah berhati-hati, mungkin korang boleh lebih berhati-hati daripada aku, pasang Solex kat pintu misalnya la kan? (kalau rasa GPS alarm system ataupun Car Immobilizer tu mahal sangat nak pasang).

Kepada yang tak habis-habis nak komen lebih-lebih dan terer mengalahkan polis tu, mungkin korang boleh amik kejadian yang berlaku atas aku ni sebagai iktibar, dan aku harap kejadian ni tak terkena kat batang hidung korang pulak tau? Langit itu tinggi tau, jangan disangka rendah.

facebook comments:

9 thoughts on “Batang Hidung Sendiri

  1. ini lah yang dinamakan malang tak berbau….semoga pengalaman ko ni jadi pengajaran untuk aku dan yang lain2nya…

    kes ko ni lebih kurang macam kes kawan adik aku…suami & anak lelaki gi semayang terawih…isteri tak sempat nak tutup pintu rumah…penyamun panjat pagar dan acu pisau….duit,handphone,laptop,2 buah kereta abis kena samun….

    apa2 pun alhamdullilah family ko selamat…
    berteromber recently posted..Man On The Moon

  2. Alhamdullillah……isteri dan anak selamat….ini semua dugaan bulan ramadan…. semoga penyamun tu sedar atas apa yang dilakukannya sebab benda ni akan balik kepada penyamun tu sendiri………HUKUM KARMA……..
    faizal recently posted..BERAYA DI SIC!!!!!!

  3. bykan bersabar bro….dugaan ni, aku pun slalu wat cam ko bro, tinggalkan anak bini dlm kereta tuk isi minyak @ g kedai, kali ni akan aku lebih2 berhati2 selepas apa yg berlaku kt ko ni bro…
    tawakal byk2, n yg penting famili ko selamat…

  4. Pingback: 7-PC Ball Point Hex Key Wrench Set – Allen Key | Speedrider Networks

  5. Pingback: Family Day TM Penang | Speedrider Networks

  6. Pingback: Nissan Almera Test Drive | Speedrider Networks

  7. Pingback: Aidilfitri 2013 | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge