Baby Driver (2017)

Dah lama aku tak pernah cerita tentang filem yang aku tengok. Di sambil tak sempat update blog sebab sibuk, tengok filem pun aku dah tempat sebenarnya sekarang ni. Jadi, hari ni aku review sikit walaupun sebenarnya dah terlambat nak review cerita ni. Bacalah kalau kau gemar muzik dan setiap video yang aku embed ni, tengoklah, ada hint yang best-best.

Aku download apps playtv@unifi untuk phone aku 2-3 hari lepas lepas hype yang siaran langsung bola sepak sekarang hanya disiarkan di Iflix dan playtv. Aku test download apps playtv@unifi dan yang best sebab dapat tengok TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV dan TV9 live di handphone. Belek-punya belek, ada segmen VOD (Video On Demand) dan kelebek-kelebek, semua movie diberikan langganan selama 48 jam dengan harga promosi RM5.00 saja. Terbaik! Murah dari Astro dan segala iflix dan netflix mahupun flix flix yang lain.

Cerita bermula dengan menunjukkan Baby (Ansel Elgort); watak utama sedang menunggu di dalam kereta merah, Subaru Impreza WRX di luar sebuah bank. Dengan mengikut soundtrack, Baby memulakan aksi melarikan diri dari polis sebaik sahaja perompak memasuki kereta yang beliau pandu. Intro di awal filem menunjukkan bahawa Baby adalah seorang pmandu yang sangat hebat. Boleh dikatakan aksi skill memandu dalam Baby Driver adalah lebih baik dari aksi di dalam francais !


Baby adalah seorang remaja yang pernah mengalami masalah ketika waktu kecil akibat ketidakharmonian rumahtangga ibu bapanya. Disebabkan satu pertengkaran di dalam kereta, Baby dan ibu bapanya terlibat dalam kemalangan maut yang mengorbankan kedua-dua ibu bapanya dan dia sekarang tinggal bersama bapa angkatnya yang bisu; Joseph. Disebabkan kemalangan itu, ia menyebabkan Baby mengalami masalah Tinnitus (masalah pendengaran berdesing/berbunyi) yang menyebabkan dia sentiasa mendengar music melalui iPodnya untuk menghilangkan masalah tersebut. Baby menjadikan setiap lagu sebagai soundtrack kehidupan sehariannya sampailah nak bejalan di tepi jalan pun dah macam ala-ala filem musikal. Semua lagu-lagu yang digunakan memang ‘masuk’ dengan mood filem.


Bonus, Baby adalah pengumpul rekod/vinyl. Setiap lagu yang dia dengar, akan dicarinya rekod tersebut untuk dihayati di rumah walaupun dalam poketnya ada beberapa biji iPod. Ya, beberapa biji, semua iPod untuk mood-mood tertentu. Contohnya bila dia dah “crush” dengan seorang pelayan Diner bernama Deborah/Debbie, dia mengeluarkan iPod berwarna pink! Setiap percakapan orang akan direkod di dalam sound recorder (walkman) dan balik rumah, habis semua percakapan akan di’mix’ dan dimasukkan elemen dubstep. Kronik sungguh Tinnitus Baby ni.


Selepas intro job yang beliau lakukan, barulah kita tahu bahawa sebenarnya Baby melakukan kerja itu semua adalah untuk membayar ‘hutang’ lama kepada Doc (Kevin Spacey). Doc menyedari kelebihan skil memandu Baby dan menjadikan Baby sebagai orang terpenting dalam plot rancangan Doc untuk merompak secara besar-besaran. Ertinya, Baby adalah key person untuk melarikan diri dari tempat rompakan.

Selepas menyangkakan ‘hutang’nya telah habis dibayar kepada Doc, Baby telah memulakan langkah selepas jatuh cinta dengan Deborah/Debbie yang juga memiliki minat dan cinta kepada muzik. Ia adalah ‘chemistry’ jatuh cinta pandang pertama untuk Baby. Namun semuanya silap, Doc masih terus ingin menggunakan kemahiran Baby dan menjadikan Deborah sebagai ugutan jika Baby tidak membantunya. Di sinilah konflik bermula dan aksi berterusan. Kumpulan perompak yang mengikutinya kali ini diketuai oleh Bats (Jamie Foxx) yang meragui keupayaan Baby sejak dari mula. (Doc akan menyusun kumpulan perompak yang berlainan untuk setiap kerja rompakan).

Akhir cerita, memandangkan emosi Baby telah terganggu dan Bats yang tak habis-habis meragui Baby, semua soundtrack Baby menjadi kucar-kacir menyebabkan dia tidak dapat fokus dengan pemanduan dan menyebabkan dia membunuh Bats dengan sengaja melanggar lori di hadapan mereka selepas melakukan rompakan terakhir. Di sini ‘manhunt’ oleh pihak berkuasa bermula dan aksi melarikan diri bermula. Di akhir cerita, semua perompak mati termasuk Doc akibat kepincangan dalaman kumpulan mereka sendiri.

Baby akhirnya ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup 25 tahun, tetapi diberikan peluang untuk mengemukakan parol selepas 5 tahun; kerana dibantu testimoni mangsa-mangsa rompakan yang memberikan pengakuan bahawa sebenarnya Baby ni baik. Hahahah gila.

Antara filem yang aku beli dengan harga yang murah (streaming) dan mempunyai ‘jiwa’ yang sama dengan aku. Ada muzik dan ada rekod! Tengoklah! Aku bagi 4 bintang. Silap haribulan, rekod soundtracks Baby Driver nanti akan masuk dalam Expedit kat rumah aku. Hahahahahha!

 

Boleh tengok IMDB Baby Driver untuk details

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge