Azam Tinggal Azam

Akhirnya 2012 yang berasaskan kalendar masihi telah melabuhkan tirai. Dan seperti biasa, antara sedar atau tidak, kita yang muslim yang terpekik terlolong teruja dengan tahun baru di mana-mana sambutan ambang merdeka tak kira di Padang Kota, I-City, Putrajaya, Tasik Titiwangsa dan tempat-tempat tumpuan lain sebenarnya telahpun berada di tarikh 19 Safar 1434 Hijrah; sebulan setengah telah berlalu mengikut kalendar hijrah – samada kita sedar ataupun tidak. 2 bulan pertama setiap tahun baru masihi, biasanya aku masih terkial-kial menulis (bukan menaip) tahun 2013 dengan masih lagi menulis 2012 dalam tulisan. Sebenarnya, setelah meninggalkan zaman politeknik, aku sangat jarang menulis kerana semuanya berasaskan komputer. Jadi bila menulis sekalipun, tulisan mengalahkan para doktor pasti terhasil.

 

Jujurnya, aku tak pernah ambil port pun pasal umur sehinggalah semalam. Di saat semua orang berlumba-lumba di medan sosial twitter dan facebook mengucapkan selamat tahun baru, aku masih membisu. Aku masih merasakan tahun baru kesannya masih sama seperti tahun-tahun baru yang lama seperti dulu; tiada kesan langsung atau impak yang besar pun. Sehinggalah aku terkesan sesuatu apabila aku cuba mencongak sesuatu… 2013 tolak 1983, dapat 30. Alamak, aku dah masuk fasa baru! Secara umumnya, aku akan menginjak ke usia 30 bermula tahun 2013; sama seperti pada tahun 2003, aku berganjak pada usia belasan tahun ke puluhan tahun; daripada remaja kepada belia; sekarang, mungkin masih belia, tapi telah berada di tahap senja.

Menginjak ke usia 20-an, dulu aku pernah melalui zaman belajar, menyinta dan dicintai (walaupun palsu, bedebah), membenci, menyukai dan apa-apa lagilah yang kalau nak dikategorikan sebagai proses belajar. Waktu tu, perasaannya amat lain dengan zaman remaja sekolah; nak kenal dunia atau juga “baru nak up” barangkali. Jadi aku rasa macam tak penting sangat waktu tu dengan perasaan penginjakan usia. Cuma semalam, lepas mencongak umur waktu nak buat ucapan tahun baru di media sosial; jujurnya terus aku tak jadi ucap tahun baru dan terus tulis:

 

snap570Aku tak tahu kenapa aku rasa macam dah jadi sangat tua….

Ok, masalah tiada rambut, gemuk dan muka pecah rumah tu dah memang satu hal yang membuatkan aku nampak sangat tua. Tapi bila congak-congak umur dapat nilai 30 tu aku rasa macam kosong. Kosong betul 29 tahun lepas yang aku telah lalui. Tiada satu impak yang sangat berkesan pun aku sumbangkan pada masyarakat secara amnya, kepada Islam secara khasnya, kecuali la satu perasaan poyo sebab dapat buat RSSM dan seterusnya baru kompeni-kompeni motor lain berlumba-lumba pakai tagline “ketahanan terbukti dengan jelajah semenanjung” siap letak berapa KM perjalanan untuk tunjuk yang motor tu pass long distance ride (poyo tak aku?) dan kemudian menganjurkan rider-rider lain cakap kat belakang aku “ni lah mamat poyo yang story dia masuk majalah tu”. Nasihat aku, itulah, kalau kau buat, lain kali story biar sampai masuk paper, majalah, tv dan media massa. Baru orang akan ingat kau dan kutuk kau. Ni setakat sembang semua story kau simpan sorang taknak share ja baik tak payah (poyo lagi).

Selain daripada itu, aku rasa sangat kosong! Semua kekosongan itu diisi oleh 2 insan yang menjadi penyeri hidup aku sekarang, isteri dan anak aku. Tahun baru ini menjadikan aku berfikir, apa perancangan aku untuk 10 tahun berikutnya? Boleh dikatakan 10 tahun 20-an tidak begitu cemerlang, aku perlu pastikan sela masa 30-an ini perlu menjadi lebih baik daripada dekad sebelumnya jika tidak mampu mencapai tahap cemerlang sekalipun. Mungkin buat masa sekarang, cabaran ekonomi menjadi hala tuju utama dalam merealisasikan kehidupan yang lebih baik untuk aku sekeluarga.

Selain daripada itu, aku wajib lebih konsisten dalam hal-hal berkaitan agama. Solat berjemaah dan mengimarahkan masjid umpamanya; aku masih gagal untuk memberikan penglibatan terbaik dalam qaryah aku walhal aku sebagai tenaga mudalah yang paling diperlukan dalam institusi qaryah masjid. Jadi, menginjak usia 30-an ini, aku harus melatih diri sendiri agar lebih peka dalam-hal yang berkaitan.

Sebenarnya, aku tiada ada azam tertentu setiap kali tiba tahun baru. Aku lebih suka menyebut harapan. Ya, aku berharap agar tahun 2013 dan seterusnya akan lebih mematangkan diri aku dan seterusnya aku dapat merebut peluang untuk menjadi seorang ketua keluarga yang lebih baik demi isteri, anak dan keluarga aku. Insya-Allah.

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

2 thoughts on “Azam Tinggal Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge