Asus DRW-24B3ST

Kotak bahagian depan

Tajuk paling skema untuk aku tulis tentang sesuatu produk yang aku beli. Aku rasa, tak semua orang memberikan perhatian khusus untuk pemacau CD/DVD yang selalu dibeli. Jadi, inilah yang aku nak cerita dalam satu short entry secara ringkas.

 

Kotak bahagian belakang

Seperti biasa, aku rasa semua produk tidak dibaca apa yang ditulis di belakang kotaknya. Jadi aku rasa aku boleh skip bahagian ni.

 

Pakej yang diberi

Dalam banyak-banyak produk komputer, aku rasa pakej CD/DVD drive dan beberapa item lain dalah yang paling bosan untuk ditengok. Aku rasa mungkin sebab murah, jadi presentation yang ada pun sekadar maklumat penting dan tak ‘eye-catching’ pun.

 

Spesifikasi pemacu

Bahagian tepi kotak ini biasanya memaparkan spesifikasi penting yang perlu kita ambil tahu. Sebenarnya aku berkenan dengan model Pioneer sebab dia multi-disk compatible; maksudnya DVD Drive Pioneer support kesemua jenis media ROM/RW dan RAM dalam satu pemacu. Tetapi harga dia pun lebih kurang mahal la….

Untuk pemacu ASUS ni, sebenarnya aku pun tak berapa berkenan disebabkan nama ASUS, terkenal dengan pakej yang cantik, tapi barang dan support service yang buruk. Tetapi oleh kerana aku tak dapat cari produk pemacu LG dalam masa yang ringkas, aku beli jugaklah pemacu ni sebab 2 pemacu LG aku yang lama, satu model DVD-RW dan satu lagi untuk DVD-R (dulu semuanya asing-asing, tak dapat combine) dah mula asyik bagi Cyclic Redundancy Check Error, aku dah fed-up dan memutuskan untuk membeli satu pemacu yang baru.

Pemacu baru aku ni menyokong format 24X DVD±R/12X DVD±R(DL)/8X DVD+RW/6X DVD-RW/16X DVD-ROM/12X DVDRAM/ 48X CD-R/32X CD-RW/48X CD-ROM (macam gampang nak baca kan?) dan yang paling penting, aku pertama kali memakai pemacu CD/DVD yang menggunakan teknologi SATA. Terasa laju pulak bila buat kerja-kerja copy paste dan installation dari CD/DVD.

Setakat ni, aku puas hati. Harap-harap bertahan lama lah…

 

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge