Aqiqah #2

Kenduri Aqiqah

Alhamdulillah pada 9 Disember 2012 yang lalu, aku dah berjaya laksanakan tanggungjawab aku sebagai bapa kepada Muhammad Qayyum. Walaupun agak lewat, aqiqah kambing yang ke-2 telah dilaksanakan bersempena dengan kenduri doa selamat yang ibu mertua aku lakukan. Sekali lagi, aku tumpang kenduri, lebih kurang macam aqiqah yang pertama dahulu.

.

orang masjidJemputan kenduri tak ramai. Mungkin dalam sekitar 200 orang saja. Tahlil yang bermula pada pukul 11.30 pagi disempurnakan oleh kira-kira 40-60 orang masjid yang diketuai oleh imam Masjid Pajak Song. Biasanya, orang yang hadir tahlil adalah ‘pembuka’ majlis kenduri.

 

lauk kampung aqiqahLauk pulak simple saja:

  • Kurma Kambing
  • Ayam Goreng Bawang
  • Gulai Ikan (Nyok-Nyok)
  • Sambal Tumis Udang dengan Petai
  • Ikan Termenung (Kembong) goreng
  • Sambal Belacan
  • Ulam
  • Teh Tarik
  • Teh O
  • Puding Caramel (Adik beradik letak)
  • Puding Jelly Custard (Adik beradik letak)
  • Rambutan satu guni (Adik beradik letak)
  • Durian 2-3 biji (Aku tak ingat sapa mai letak)

lauk kurma kambingSama macam dulu, kambing cukup umur ni berharga RM750.00 sekali proses. Cuma kali ni, perasaan puas hati tu ada sikit sebab kali ni, aku mintak kat penjual tu agak aku terlibat lebih sikit daripada setakat ‘mewakilkan’ penyembelihan. Ya, kali ni, aku akad terus dengan Ustaz Azizan untuk lakukan penyembelihan, yang dulu tu aku wakilkan saja kepada Abang Zul (penjual daging kambing).

 

Semua lauk-pauk, abang ipar dan biras aku yang masak sendiri. Selesailah perkara sunat yang dituntut. Moga selepas ni, aku ada kesempatan lagi untuk sempurnakan hal-hal aqiqah ni insya-Allah untuk adik-adik Muhammad Qayyum.

 

kepala kambingOh ya, kepala kambing kami lepaskan terus masuk dalam kurma kambing. Ha ha ha!!!

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge