Aqiqah #1

Setelah berbincang dengan keluarga, aku memutuskan untuk mengaqiqahkan seekor kambing dahulu untuk Muhammad Qayyum. Seekor lagi mungkin pada hujung tahun. Nak buat sekaligus, duit simpanan aku pun tak berapa nak cukup. Setelah merujuk kepada mereka yang arif tentang aqiqah ni, itulah keputusannya; buat seekor dahulu, lagi seekor kemudian apabila mampu. [salah satu sumber]

 

Kambing yang aku ambil ni, aku tempah dari Abang Zul, peniaga daging di Simpang Empat Permatang Buluh. Tak jauh la dari rumah mak mertua aku. Sebulan sebelum hari nak buat aqiqah pun aku dah call dia untuk tempah seekor kambing untuk disembelih sehari sebelum malam 15 Ramadan.

 

Kambing yang dipilih adalah kambing biri-biri, berusia 2 tahun. Aku tak tahu kenapa kalau kambing biri-biri kena cukup 2 tahun dan kambing biasa setahun lebih. Mungkin sebab saiz kambing barangkali. Fatwa rasmi (untuk kambing import) dari Majlis Fatwa Malaysia adalah seperti berikut:

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum Qurban dan Aqiqah ke atas haiwan yang diimport adalah berdasarkan hukum yang telah disepakati oleh para fuqaha’, iaitu bagi anak kambing muda ianya sesuai untuk dijadikan qurban apabila umurnya genap setahun dan telah masuk ke tahun yang kedua. Manakala bagi unta disyaratkan umurnya memasuki enam tahun dan bagi kambing dan lembu pula hendaklah telah memasuki umur tiga tahun. Bagi biri-biri pula hendaklah memasuki umur dua tahun. – sumber

 

Kambing ini berharga RM750.00 termasuk upah proses dan yang paling penting, hantar sampai ke pintu rumah, hehehehehe. Aku bayar kambing ni pada 30 Julai 2012, iaitu seperti yang dijanjikan kepada Abang Zul – puasa yang ke 10. Pada 3 Ogos 2012, pagi-pagi sebelum nak ke opis, sempat la aku singgah kejap kat tempat sembelihan untuk melaksanakan akad jual beli dengan Abang Zul. Hari tu jugak kambing disembelih dan dihantar ke rumah kakak sepeupu aku untuk buat masak kurma.

 

Pada 4 Ogos 2012, bersamaan dengan hari Sabtu, Komuniti Bestari Sungai Puyu menganjurkan majlis berbuka puasa dan sumbangan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan, aku ‘join kenduri’ dengan seperiuk kurma kambing untuk disajikan pada majlis berbuka puasa tersebut.

 

Sebenarnya, ini adalah kali pertama aku berbuka puasa di masjid. Jadi, berbuka puasa pun simple-simple aja sebab nak sembahyang maghrib dulu. Biasanya, memang aku makan nasi terus, tapi pada hari tersebut, takpa, aku nak merasa jugak berbuka dengan orang-orang masjid. Ada jugak yang tak tahan daulat, terus belasah nasik dulu… Hahahaha…

 

Selepas solat maghrib, barulah kami keluar balik dan bersama-sama menjamah nasi. Lain macam ‘feel’nya bila berbuka beramai-ramai di masjid. Rasa meriah. Meriahnya adalah tahap orang yang takleh makan daging kambing banyak-banyak pun sampai terlupa berapa ketul dia makan kurma kambing!

Untuk kambing yang ke-2, Insya-Allah kenduri aqiqah akan dibuat di sebelah rumah mak mertua pulak.

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

One thought on “Aqiqah #1

  1. Pingback: Aqiqah #2 | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge