Apabila Barang Aku Berpindah

Di sudut dunia

Jadikan kipas itu sebagai sempadan, selain daripada garisan sempadan itu, adalah barang yang aku pindahkan dari bilik bujang aku dari Sungai Puyu ke rumah mertua. Katakan apa yang terlintas, boleh kata semuanya ada.

Yang paling mak mertua aku tak sangka adalah apabila aku pindahkan kesemua set memancing aku minggu lepas. Dia ingatkan, biras aku sorang saja yang kaki pancing (barang semua pinjam), sekali menantu bongsu ni pun hantu pancing, sekali set pancing pun penuh bersepah. Tepuk dahi la mak mertua aku.. Hehehehe. Lagipun, dah hampir 2 tahun aku tak memancing. Lepas ni, insya-Allah boleh aktif semula, kalau diizinkan Allah.

Barang motor. Aduhai bersepah. Semuanya aku simpan dalam kotak mesin basuh yang aku dan Nurul beli sewaktu mula-mula kami kahwin. Ya, kami beli saiz 8.5KG terus! Biar besar sebab semua baju-baju aku besar belaka. 3 helai baju aku adalah bersamaan dengan 6 helai baju Nurul. Aku pulak, sehari mandi 3 kali dan 3 kali itulah aku akan bertukar baju. Hahahaha… Dan aku terlupa buat review pasal mesin basuh tu. (sememangnya banyak benda yang aku terlepas review).

Apabila dipikirkan, keadaan bilik bujang aku yang paling tersusun adalah pada 2009 tapi kadang-kadang bersepah jugak, kemudian terus bersepah macam bilik stor sampailah aku kahwin dan berpindah ke rumah mertua. So, setengah barang dah dipindahkan, ada lagi setengah barang macam CD, LP, Poster, almari buku, majalah…

Alamak, lagi setengah????…. Punggah!

facebook comments:

2 thoughts on “Apabila Barang Aku Berpindah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge