Apa Yang Best Minggu Lepas

Sebenarnya takde apa sangat yang best minggu lepas. Aku kursus jer. Yang paling tak best sebab aku ke KL dalam keadaan tak ready dan poket aku kering kontang. Dahlah kursus sepatah haram aku tak paham. Aku fahamkan yang betul-betul penting dan related dengan skop keja aku jer, yang lain-lain tu, ehem-ehem boleh kirim salam la jawabnya…

Tapi nasib baik la dalam boring-boring tu, member-meber forum berceretek kat KL ni. Geng-geng rojak.org (sekarang teruja.com) masih idup lagi rupanya. Ni adalah geng-geng yang menyelamatkan aku dari mati kebosanan kat KL ni dengan kepala hotak diaorang yang gila khinzir. Hahahahah

Okey, untuk group dari rockapak.org yang aku baru join tak sampai setahun ni, lain pulak ceritanya. Alhamdulillah, dengan dioarang ni semua, bertambahlah lagi kawan-kawan dalam hidup aku ni. Tambah pulak dari diaorang jugakla aku dapat jumpa dengan geng-geng multiply yang lain. Macam biasa la, kalau jumpak mesti ada TT Session (macam mini-gath la). Tak kira walaupun 2 orang jerk, janji layan kepala otak boleh masuk, kira on….
Untuk sekelian kalinya, aku dapat jumpak MasterComp dan Tolyn (ex-guitarist Dayana) dan bila dah jumpak, ape lagi… Jadi macam budak sekolah la aku. Mulut tak berenti tanya macam-macam especially dekat Tolyn. Yelah, bukan senang nak tanya orang yang arif dalam gitar ni. Budak-budak baru nak naik lagi hampeh, baru boleh main riff MCR sikit dah belagak sombong tak hengat dunia. Hahahahahahaha. Dengan terjumpanya Tolyn dan dua-tiga jawapan dan tips-tips ‘live’ yang aku dapat dari Tolyn sendiri. Hohohohoh aku jugak dapat pick Big Stubby dari Tolyn… Huhuhuhuhuhuh selamat RM3.00!!! :-p Nasib baik dok tanya MasterComp macam-macam dia tak hadiahkan LP Player satu kat aku…. Kalau tak, mau tak balik Penang aku… Hahahahahahha. Apat!!! Ni plak selalu aku communicata kat YM ngan Youtube jerk.. Aku rasa untuk segmen gitar kapok, Apat ni la makhluk paling aktif kat Malaysia upload lagu baru.

Dalam round punya round. Benda yang paling buat aku sakit ati ialah bila aku masuk kedai guitar. Sakit atilah sebab duit takder ha…. Tengok Gibson Les Paul harga sampai RM27,000 memang boleh membuatkan aku demam (ni nak demam dah ni). Lepas tu punyala sakit ati bila tengok Santa Cruz punya LP harga RM550 jerk. Yelah, kalau buat decal mod sket, takder sapa tau sebenarnya yang ialah Santa Cruz (kalau tengok dari jauh la).

Apa pun, tqvm kepada warga rockapak.org dan teruja.com sebab minggu lepas memang dah bertukar jadik best!!!!!!

facebook comments:

One thought on “Apa Yang Best Minggu Lepas

  1. Pingback: Jamming Set Untuk Dijual | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge