Antara Stail, Nyawa Dan Sengkek

Petang tadi masa nak balik keja, dengan malangnya.. Minyak enjin moto aku bocor lagi. Macam tau-tau aja moto ni, yang gaji aku hari ni.

Takpe, lagipun dah menjadi rutin aku setiap kali gaji, tukar minyak hitam adalah acara wajib. Memandangkan perjalanan aku pergi dan balik kerja adalah dalam purata 100 KM sehari, ditambah pulak.. Full throttle bila ada peluang baik, dan semestinya kuda tua tu terpaksa membawa beban batu ladung laut dalam ni.. Maka, layaklah kuda tua aku tu mendapat layanan spa setiap bulan.

Sambil tunggu kuda tua aku siap diurut, ternampak pulak dua helmet lagenda ni – Apollo dan MS-88. Kalau perasaan, ramai mat-mat rempit termasuk minah rempit pakai. Nampak style kan?

Tapi hakikatnya ternyata salah. Selain kelulusan SIRIM yang meragukan, fikirkan lapisan span-nya yang nipis tu mampukah nak selamatkan kepala hotak korang semua yang selembut tembikai tu? (Dengan impak selaju 60KM/J)

Rasa-rasanya benda ni tak perlu penjelasan yang panjang. Cukup sekadar logik.

Teringat pulak masa zaman aku dulu, sapa-sapa yang pakai helmet ni dianggap kedekut taik idung masin. Kebanyakan mat-mat motor yang aku kenal pada zaman tu sekurang-kurangnya mengenakan helmet SGV/LTD dan yang paling top pulak, tentulah ARC.

Betul, kalau eksiden, pakai apa pun, kalau nak mati tu, mati jugak. Tapi ingatlah, kalau mati pun.. Sekurang-kurangnya kepala dan muka korang masih elok untuk untuk ditatap oleh sedara-mara korang masa korang dah jadi mayat nanti.

Berhati-hati di jalanraya. Insya-Allah selamat.

facebook comments:

2 thoughts on “Antara Stail, Nyawa Dan Sengkek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge