Antara Nasi Arab Dan Roti Jala

Akhirnya, setelah aku terlepas Nasi Arab pada kunjungan sudah, kali ni aku beratur dengan lebih awal semata-mata nak dapatkan Nasi Arab ni. Rupa dan warna Nasi Arab adalah seakan-akan nasi tomato. Cuma strukturnya agak melekit-lekit sedikit. Harga untuk sepinggan nasi dan seketul ayam goreng panas seperti di atas ialah RM3.80. Berbaloi aku beratur! Untuk makluman, selepas pukul 9 malam, nasi putih pula yang akan dihidangkan.

Sebenarnya, kali ni aku ke tempat yang sama adalah kerana memenuhi jemputan daripada Yamaha FZ Owners (Northern Region) yang mengadakan sessi TTS dan seterusnya membincangkan aktiviti mereka yang akan datang. Selepas itu, giliran owners Belang menyuarakan pendapat untuk Crossover Konvoi ke ??? pada Jun 2010 ini. Insya-Allah, dari perbincangan, crossover ialah dari FZ Northern Region, Belang R Community dan 4 Strokers.

Pada 26 Mac 2010, Jumaat. Buat pertama kalinya, ini adalah pertama kali aku join TTS rasmi bersama owner-owner FZ. Depa semua pun ceria dan happy go lucky. Dan yang paling gila tentulah Galol. Nama pun dekat-dekat gila kan? (Jangan marah yerk Encik Galol, muahahahaha). Mengikut FZ Owners ni, plan diaorang ni mungkin acara camping dan BBQ di Pantai Merdeka. Aku pulak tengok dulu. Kalau depa kata on boleh join, dan kalau aku tak exam… Aku on saja (masalahnya, motor aku tak siap lagi claim insurans).

Jadi, apa-apa pun, terima kasih kepada FZ Northern Region yang sudi menjemput kami ke sessi TTS hangpa semua.

Hari Sabtu, 27 Mac 2010 pulak, aku dan semua bekas pelajar Penang Free School telah dijemput ke Sambutan Ulangtahun yang pertama, AMN Services di Shell Mak Mandin. Abang Abdullah Mohd Nor ni, adalah bekas pelajar pada tahun 1979. Aku yang paling muda, menempek saja di majlis ni. Dapat jugak jumpak abang Rahimi 79, DJ Roslin 79, YDP OFMA merangkap Ahli Majlis, saudara Johari Kassim, abang Zul nayan, abang Hisham Pak Lah  dan ramai lagi lah. Yang paling penting, Roti jalanya memang sedap abes.

Aku ni pulak, jenis pemalu tapi mahu (lapar la beb). Tapi pada masa yang sama, segan la pulak dengan abang-abang super senior aku neh. Ahli Majlis lah, D.O. lah, Dr. lah, manager lah, lain-lain lah… Aku pulak cuma pencacai saja kat kompeni biasa. Segan tu memang la segan sangat-sangat. Jadi, aku terpaksa bertindak…

Berikut ialah tindakan biasa aku kalau aku segan…

Apa lagi, cari port terbaik la untuk cilok karipap. Karipap memang makanan tegar gua kalau gua malu. Mesti caterer tu heran mana habis stok simpanan karipap diaorang tadi.

facebook comments:

6 thoughts on “Antara Nasi Arab Dan Roti Jala

  1. Mus – masa terdekat ni mesti pergi cari Nasi Arab ni.

    Nasi Kandar (Rahim?) dekat Tokong Ular seberang jalan masjid tu pernah cuba test try ke? Tiap-tiap Jumaat selepas sholat aku tengok punyalah beratur panjang customer.

    Lukmanw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge