Antara Muzik Dan Motorsikal

Busy Bee Rockers (Wikipedia)

Umum mengetahui, motosikal dalam ertikata ‘motosikal berenjin sebenar’ yang pertama telah mula mendapat tempat dalam masyarakat pada era 1880-an. Sehingga artikel ini ditulis, Wikipedia; selaku ensiklopedia online untuk mereka-mereka yang tak pernah ada sumber rujukan bertulis telah merekodkan lebih kurang 200 juta motosikal sedang berada di atas bumi.  Di sesetengah negara, motosikal merupakan satu pengangkutan umum dan perlu, disebabkan oleh faktor mampu milik terutamanya dari jenis moped atau bahasa yang kita selalu dengar, kapcai.

Namun, sebagai seorang pendengar dan pengikut tegar muzik terutamanya rock dan metal, pasti akan terkesan satu fenomena atau lebih layak dikatakan sebagai satu budaya muzik yang ramai yang tidak sedar akan kewujudannya; Muzik dan Motorsikal.

Aku akan memetik subculture yang aku suka (sebab aku yang tulis) iaitu Rocker. Dipercayai telah wujud sejak era 1950-an dan kadangkala digelar leather boys atau ton-up boys (slang british yang bermaksud kelajuan 100 batu sejam). Ia dikesan wujud di United Kingdom, di sekitar Cafe Racer dan pengaruh muziknya sudah tentulah rock and roll. Ia juga digelar Grease/Grease oleh golongan skinhead dan modernist (yang juga ada kaitan dengan motosikal; skuter, semestinya Vespa) sebagai satu bentuk penghinaan. Biasalah, bila dah berpuak-puak ni, memang tak ngam lah kan?

Daripada sebuah subculture, ia telah banyak mempengaruhi dunia muzik di saentero dunia. Antaranya ialah The Beatles dan beberapa kumpulan Punk Rock pada era 1970-an dan untuk memahami subculture ini dengan lebih jelas, filem The Leather Boys (1964) wajib dicari dan ditonton.

Deep Purple telah menjadikan Highway Star hits pada 1972. Walaupun pada asas liriknya, terang-terang ia mengisarkan tentang sebuah kereta, tepati sedarkah kita “Highway Star” menjadi tagline untuk Yamaha TZM 150 pada awal kemunculannya di Malaysia. Pendeknya info, tapi itulah hakikatnya kaitan Highway Star (Deep Purple) dan Highway Star Yamaha TZM 150. Tambahan info, Robb Reiner (Anvil) menggelar lagu ini sebagai salah satu di antara permulaan genre Speed Metal.

Masa berlalu dan zaman Rock dan Metal mengambil alih irama muzik dunia pada 1980-an. Siapa yang tak ingat lagu WASP – Wild Child? Album The Last Command ini adalah album pertama WASP yang terjual lebih sejuta unit. Lagu Wild Child menjadi hit, dengan video MTV menunjukkan Blackie Lawless menunggang sebuah chopper di permulaan video. Lagu ni juga telah dimainkan semula oleh Susperia, Nokturnal Mortum dan Nightwish sebagai cover song. Tetapi Wikipedia terlupa satu fakta…. SOFEA (aka SYJ) juga telah mencedok lagu hit ini menjadi Anak Liar dan mengaku lagu ini milik mereka. Ha ha haaa…. Zaman 80-an!

facebook comments:

2 thoughts on “Antara Muzik Dan Motorsikal

  1. Pingback: Cafe Racers Line Drawings | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge