Antara Azam, Impian dan Harapan

Alhamdulillah, akhirnya setelah berbulan menunggu, harinya telah tiba untuk aku sendiri memiliki sebuah motosikal yang bentuknya amat tidak disukai oleh rakyat Malaysia. Tambahan pula, Suzuki bukanlah satu pilihan kepada rakyat Malaysia sejak dulu. Untuk ijau, yang bertanya di mana tayar aku pada entry lalu tu, ni lah tayar belakangnya. Aku sampai masa pomen tengah setting balancing untuk masuk tayar tubeless. Untuk maklumat, factory stock motor ni datang dengan tayar jenis tube, jadi, sebelum aku angkat motor ni keluar dari kedai, aku trade in siap-siap tayar IRC pekak motor ni dengan tayar Maxxis M6002 80/90 saiz belakang dan 70/90 untuk tayar depan – ikut setting factory. Erm.. factory output, rim kaler hitam, aku gatal nak jadikan kaler gold.. Itulah hasilnya.
Gambar belakang rim: Current bike –  Suzuki Smash 110, first lot production.

Untuk yang sudi membaca luahan aku kali ini, dan untuk makluman. Aku adalah pengguna Suzuki sejak dulu. Ini adalah kali ketiga berturut-turut aku memiliki sebuah jentera Suzuki. Boleh dikatakan, telinga aku dah lali atau kematu terus kalau orang-orang terus menggasak keputusan aku bersama Suzuki dengan alasan, resale value rendah. Malang sekali, aku sedikit pun tidak termakan dengan resale value tu. Jadi, malanglah korang kalau asyik ulang ayat yang sama aku dengar sejak 1997 – kali pertama aku menunggang jentera Suzuki. Untuk Suzuki Belang R 150 ni, aku terlewat sikit amik kerana masalah kewangan yang tak berapa stabil dulu. Jadi, motor aku ni berada di Lot #12. Apa maksudnya? Satu lot Suzuki untuk shipment terdiri daripada 60 buah motor ni. Jadi, motor aku adalah dalam range 12 lot x 60 biji = 720. Herm… boleh tahan banyak orang dah pakai. Aku terlewat jugak kerana nombor plet yang 2 kali ter’miss’ sebab kalah tender dan jugak tak sempat book, orang dah sambar.

Sebenarnya, aku dah berniat untuk memulakan satu tahap baru dalam hidup aku yang mungkin orang boleh gelak kaw-kaw. Ya, niat aku – akan berhenti merokok bila dah pakai motor ni. Aku tak pernah ada azam tahun baru, jadi dengan ambilnya motor ni sekarang, rasa-rasanya inilah azam aku yang pertama sekali aku buat dan nekad untuk lakukan setelah dah suku abad aku hidup. Impian aku pun dah tercapai, maka niat aku tu harus dan wajib dilaksanakan walau apa pun yang menduga.Aku nyatakan niat aku tadi pada member-member kampung tadi. Kali ni, mereka tak gelak! Pelik betul aku…. Rasanya, semua dah makin berusia dan makin memahami. Semuanya, rata-rata menyokong niat aku berhenti merokok. Jadi, harapan aku, ialah semua kawan-kawan dapat memahami aku, dan seterusnya tidak terasa kalau aku blah dari group diaorang kalau diaorang start merokok, sebab.. Mana boleh tahan kalau orang dok tayang rokok kat depan kita… Ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini untuk menjauhi rokok.. (aku nak jual Zippo aku, saper nak?) – link

Yang lambat keluar motor aku tu sebab kalah book/tender no 786. Tapi… dapat yang ni pun jadilah…. Hahahahah.Maka, dengan  ini… Aku akan menunggu tarikh yang aku dah plan dan dah pun apply cuti (29 Disember 2009 – 2 Januari 2010). Solo Ride Satu Malaya.
Kemungkinan aku takkan ada masa nak lepak lama-lama sebab laluan yang aku pilih ialah:

  • Grik
  • Kelantan (pass through)
  • Kuala Terengganu (tdur kat sini) – Day 1
  • Kuantan/Temerloh – Kemungkinan Day 2 atau tidur kat mana-mana 2 tempat ni.
  • JB, melalui Temerloh, atau Mersing – Kota Tinggi – Day 3 (tidur kat sini)
  • Melaka (pass through je kut.. ) – Rasah, Seremban, KL – Tidur kat KL – Day 4
  • Cameron, Ipoh, Taiping, Kangar, Jitra, Alor Setar (Day 5)
  • Penang

Mungkin tahap letih gila punya ride. Tapi aku nak belasah jer nanti. Sesapa yang ternampak aku tu, boleh jer hon-hon nanti. Nak belanja aku makan pun okay jugak   =)

facebook comments:

13 thoughts on “Antara Azam, Impian dan Harapan

  1. bangun pagi mamai tengok tajuk blog ko… IMPLAN? Apahal la mamat ni nak buat implan? 😉

    Berhenti merokok tu bagus. Lagi ramai awek sangkut nanti. So ingat awek, ingat berenti merokok!

  2. 1. ooo… ingatkan hilang 'dipinjam' maleng – rasa2 lebih kaw2 klu kaler hijau daun pisang

    2. aku pun pnh ada jentera suzuki – RR110 (plet SB8642) tp since aku bermastautin kat bintulu dan dah ada imago, bapak aku jual motor tu, beli tv baru + astro

    3. quit smoking ni jgn suddenly bro, nnti kena bio-shock! pelan2, buat non-smoking day 1-2 hari dlm seminggu dulu… lama2 increase la (mcm aku dulu) insyallah

    4. nnti solo ride tu klu jumpa gajah, berenti kejap – amik pic hahaha

  3. 786 ikrar perwira eh?..hahaha..aku dari dulu berkenan nak no 666…tapi tak larat nak lawan tender..

    selamat berhenti berasap…asap motor tak per 🙂

  4. asap ni, biar cut down dulu, jangan cut off… biol lu nanti.

    "..Tambahan pula, Suzuki bukanlah satu pilihan kepada rakyat Malaysia sejak dulu…"

    hehehe… jangan lupa aura serta badi Panther dgn Gamma, antara yg merevolusikan rempit ini sebelum dia komersial dulu…

  5. Pingback: Speedrider Networks

  6. Pingback: 6 Ramadhan 1432H | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge