Americana


Hari ni aku ada kerja sikit yang merepek-repek tak berapa serius, tapi memerlukan satu jangkamasa perjalanan yang gak jauh. Kebetulan, destinasi terakhir ialah di KOMTAR tepat pada waktu rehat sebelum sembahyang Jumaat.

Rahim Burger, tempat aku selalu singgah zaman masa outing asrama dulu. Location dia giler strategik nak mampus; depan bus stand Penang Road-KOMTAR, berhadapan Tokong Cina. Jual siang pulak tu, bukannya time malam. Jadi iman akan sedikit tergoda la.

Yang tak biasa beli, mungkin akan berasa sedikit mahal dengan charge yang dikenakan iaitu RM2.40 untuk burger biasa (plain burger). Tapi jangan silap…. Untuk Plain Mini-Burger, harganya ialah RM1.60. Untuk pengetahuan, mini burger yang dimaksudkan ialah saiz burger yang selalu kita jumpak lah. Jadi, saiz plain burger biasa pulak….

Aku taktau la nak describe besar mana lah kan. Lebih kurang besar sikit dari BIG-MAC ler saiz diameter roti dia tu. Jadi, sekali makan, mungkin cover sampai ke malam disebabkan saiznya yang besar tu. So, dah 9 tahun aku tak makan Rahim Burger ni, hari ni… Aku berjaya sambar satu untuk makan jugak.

p/s: Oh…. Dulu aku memang addicted to burger. Alhamdulillah, aku berjaya kurangkan sikit ketagihan aku dalam setahun dua ni.. dulu… Selang satu hari belasah burger. Bahaya makan fast food banyak-banyak ni, Sikit-sikit jer takpelah.

facebook comments:

3 thoughts on “Americana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge