Al-Araby Matha’am

Selamat Datang Ke Al-Araby

Aku rasa tak pernah aku makan begitu banyak masakan timur tengah dalam sebulan ni. Sebelum ni asyik nasik kandaqqqqqqqqqq aja tak habis-habis, sekali aku jump ke Middle-East punya masakan pulak lah…. Nasib baik ana belum tukar jadi Pak Arab lah….

Aku dan wife selalu ke Tesco Seberang Jaya ni, tapi inilah kali pertama kami ke Al-Araby ni. Matha’am menurut artikel Utusan dan Kosmo ni bermaksud tempat makan. Daripada aku aku baca banyak sangat laporan dalam paper ni, baik aku sendiri yang try dan buat review.

Tempat makan utama

Bartender tengah bancuh air

Konsep restoran agak class. Selesa untuk yang datang berdua ataupun keluarga. Memandangkan aku dan wife saja, dah tentulah kami pilih tempat yang untuk 2 orang saja.

Menu Makanan

Menu minuman

Jujurnya, restoran ni adalah minimalist. Makanan tak banyak sangat menu dan yang pasti, menu utama saja yang disediakan. Aku takkan compare dengan restoran-restoran timur tengah yang yang lain. Tepuk dada tanya selera.

Barbican Strawberry dan Orange Juice

Yeargh, ketepikan orange juice, dah tentulah aku amik Barbican. Hahahahahaha… Tapi antara Barbican dan Istak yang mana lebih sedap, aku tak dapat beri jawapan sebab rasanya lebih kurang saja. Nak amik Bundaberg kat kedai, wife jeling tajam.. Hahahahahahaha. Aku rasa Dr. Ibrisam Krenmaut (maut betul nama.. hahaha) kena buat entry cabaran untuk mengenalpasti barangan yang takdak cop halal Jakim di oversea ni macam mana, biasalah orang kita, kadang-kadang cerita pasal halal-haram ni sampai dah jadi Ghuluw la pulak aku rasa. Takut kita menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang haram pulak nanti, lagi payah.

Chicken Mandy

Kali kedua aku ke sini (kali pertama beberapa hari sebelum malam aku test makan ni, dah habis pukul 9.30 malam), menu yang tinggal cumalah Chicken Mandy dan Lamb Mandy. Aku amik sepinggan aja Chicken Mandy dan kongsi makan bersama dengan Nurul.

Berbeza dengan style dari Yemen, ayam untuk Chicken Mandy ni dibakar. Dari segi rasa, samada mulut aku dan Nurul yang problem, ataupun memang style Al-Araby masak nasi beryani ni bau beras. Senang cerita, terganggu jugakla aku makan malam tu. Jadi, mengikut mulut aku dan wife, aku bagi average saja tahap sedap tu. Nak kata sedap tak boleh. Semuanya salah bau beras tu. kalau tak bau beras tu, mungkin boleh consider lagi.

Next round, mungkin akan try menu lain pulak. Harap-harap bau beras tiada.

facebook comments:

6 thoughts on “Al-Araby Matha’am

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge