Aku Terselamat, Tapi Parah..

Lupakan sekejap rock hari ni. Aku keluar dengan Nurul untuk beli banyak barang hari ni. Secara spesifiknya, dia nak beli hadiah untuk kakak sulung dia. Dan, seperti biasa leteran telah diterima gara-gara Zippo semalam. Fuh, hampir bernanah sekejap telinga aku mendengarnya. Tapi, sekali aku cakap.. Tengok baju tu dan tengok balik Zippo ni. Maka, keadaan kembali aman seperti sediakala.

Jawapan aku yang paling konkrit kenapa aku beli Zippo ialah seperti video di atas. Ya, itulah tujuan utama aku sebab musabab membelinya. Senang bila nak buat campfire tepi laut, ataupun… dan lain-lainlah senang cerita.

Niat di hati, aku nak tengok Transformers: Revenge Of The Fallen hari ni, tapi humang aih. Semua time dah pun fully book. Melepas la aku… Last-last, Jangan Pandang Belakang Congkak jugak yang terpaksa dilayan untuk meleraikan kesusutan otak. Senang punya filem, tak payah pikir panjang-panjang, tengok dan bantai gelak aja.

Kemudian, kunjungan aku ke Speedy Video menemukan aku dengan cd-cd ni. Murah gila la beb. Rm13.90 satu. maka, tanpa berpandukan akal yang waras, membuatkan aku ringan tangan untuk terus mencapai dan membayar. harga normal ialah untuk DVD dan album Teori Domino Revisited Jamming (ingat tak, hari aku punya cd hilang atas bas?)

Maka secara automiknya, wallet aku telah mengalami kecederaan parah secara rasmi pada hari ini…

facebook comments:

6 thoughts on “Aku Terselamat, Tapi Parah..

  1. patut la streamyx umah aku lembab..asyik beli cd je staff dia..hahaha

    p/s: Best of Wings 1, Opera Dalam Kenangan 1&2, Biru Mata Hitamku dan Wings Terunggul adalah cd yang WAJIB hang beli kalau hang jumpa..

  2. Aku suka dengan album Orang asing tu….album wings yg gua beli sampai 3 kali….kena curi, kena curi, jahanam….heheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge