Aku, Hobi dan Rossi

Aku adalah seoarang peminat SUZUKI sejak dulu. Bukan Sandy Suzuki yang pernah nyanyi lagu Lenggang Kangkung tu, tapi jentera suzuki yang beroda dua. Ketika saat aku menukar motor Suzuki RG110 (converted RGV 120) tu dulu kepada Suzuki Smash 110. Ramai yang skeptikal. Kenapa Suzuki? Aku pun tak ada jawapan yang tepat.

Yang pasti, aku dah jatuh cinta pada Suzuki sejak aku pakai RG dulu. Sepanjang zaman modified enjin sehinggalah kepada zaman pakai Racing Chamber Exhaust dan ball bearing FAG racing diletakkan dalam enjin motor tua tu. Motor tu tak pernah mengecewakan. Teringat lagi bagaimana member-member yang kebanyakannya pada masa tu angkut Yamaha 125Z dan 125Zr tersungkur seorang demi seorang bila enjin motor jam. Suzuki aku? Tak pernah. Sejak aku pakai Smash, pernah sekali jam 4T, tapi sempat diselamatkan sebab aku tekan klac. Tapi yang tu memang silap sendiri sebab terlupa periksa minyak enjin yang dah kering kontang. Masalah utama Smash aku sekarang ni adalah seperti gambar; rear stand sebelah kiri yang sering terpeleot. Aku dah pernah tukar foot-stand bar yang baru, dan itulah hasilnya. Hasil daripada kualiti besi yang cap ayam. Habis rosak besi tu bila stand tu bergegar. Sebelah kanan tak jadi pulak… Jadi, kepada engineer-engineer Suzuki di luar sana, perbetulkanlah kesilapan bodoh korang ni. Betul-betul menyusahkan aku. Cancel niat aku nak upgrade ke Suzuki Shogun 125SP Yoshimura. Cancel… Cancel!!!

Bercakap pasal motor, teringin aku menulis tentang koleksi replika MotoGP dan GP500 aku.. Hehehehe.

Suzuki RGV-R (2001) ni adalah motor keramat buat pasukan Suzuki Telefonica MoviStar. Tunggangan Kenny Roberts Jr. ini telah memecahkan kebuntuan Team Suzuki Racing untuk posisi world champion sejak dari zaman Kevin Schwantz. Lama tu….. Dia jadi champion setelah bertukar pasukan daripada Team Roberts Modenas KR3. Lepas dia sesah duit peruntukan dari Malaysia, senang-senang anak dia (KR Jr. la..) blah dari Modenas KR3 dan masuk Team Suzuki dan kemudian bergelar World Champion untuk tahun 2000. Bercakap pasal KR3, ia kemudian dibeli oleh PROTON dan kemudian dikenali sebagai PROTON KR3 dan bersaing dalam MotoGP 500. Dengan kejuruteraan Lotus, ia sedikit ketinggalan sebab pakai enjin V3 padahal team lain semua dah pakai V4 dan v5. Tak lama lepas tu, PROTON pulak gatai pi jual MV Agusta, kalau tak… Senang la teknologi superbike berpindah tangan. Apa punya turrr la PROTON ni..

Bercakap balik pasal motor Suzuki ni. No. 1 dipakai oleh Kenny Robert Jr. pada musim 2001 setelah dia menang world champion pada tahun 2000. No. ni bertahan pada musim tu saja sebelum dia dapat no 10 keseluruhan pada musim terakhir Moto GP 500 cc yang masih memakai motosikal 2 lejang. Jadi, berbaloi la kot aku simpan replika motor ni untuk kenang-kenangan.

Motor Merah dengan No. 7-nya… Siapa lagi kalau bukan Carlos Checa. Dengan mesin Yamaha YZR-M1 pada tahun 2004 ni, betul-betul memberikan saingan sengit pada musim tu antara Yamaha dan Honda. Dua musuh sukan permotoran tradisi. Dengan enjin 990cc 4 silinder inilah satu perlumbaan menarik antara dua gergasi permotoran (Honda dengan RC211V) tercetus.

Tak banyak sangat aku tau pasal Carlos Checa. Cuma pada musim 2003-2004, nama Checa selalu disebut dalam ulasan. Tak dinafikan, cara tunggangan dia pun sedikit agresif pada waktu tu. Apa yang aku tau, sekarang Carlos Checa dah tak main dalam MotoGP. Dia dah beralih ke level yang hampir serupa, tapi lebih berkuasa iaitu SBK Series. Musim terakhir dia dalam MotoGP ialah bersama-sama dengan pasukan Honda LCR pada tahun 2007.

Aku dah masuk part kesukaan aku. Apa lagi kalau melibatkan Valentino Rossi.

Honda NSR 500 team Nastro Azzuro ni adalah permulaan bagi Valentino Rossi mencipta nama pada tahun 2000. Status world champion diperoleh pada tahun kedua bersama Honda iaitu pada tahun 2001. Inilah design motor yang paling aku benci sekali. Hahahah, tapi aku beli jugak sebab dengan motor ni lah Rossi mula mencipta nama. Kalau ikut sejarah memang ada lagi pasal Rossi, tapi… malas cerita.

Honda RC211V tahun 2003 ni, adalah antara motor Valentino Rossi yang paling lawa di atas trek. Memang artistik habis. Tapi macam biasa la, Rossi ni gila, design ntah apa-apa. Contohnya, design ni kejap aja pun dia pakai. Lagi satu design moto time trial pada tahun ni memang best. Motor kaler hitam dengan design bulan bintang yang selalunya ada di helmetnya tu.

Ada jumpa ker kat kedai? Takder lagi kan?

Motor ni adalah design yang plain dan boring. Dengan motor ni lah Rossi asyik menang jer. Yerlah, mentor rasmi dia ialah Mikc Doohan, lagenda 500cc tu..

Pada masa ni, Honda RC211V versi keberapa ntah.. Memang tak dapat diganggu gugat oleh jentera-jentera lain.

Dalam erti kata lain. Motor ni pada musim tu.. Memang engineering art punya siri lah.

Tapi, keangkuhan Honda tersentak dengan tiba-tiba apabila Valentino Rossi bertindak bertukar kem ke Yamaha.

Yamaha yang ketandusan kemenangan podium, selain daripada Max Biaggi yang suka cakap besar tu, menerima satu sinar baru. Valentino Rossi telah membuktikan pada dunia permotoran, bukan jentera yang memainkan peranan, tetapi penunggang tersebut. Mesin Yamaha YZR M-1 yang bermasalah ni berjaya membuatkan Honda kecut perut dan tersentak. Team Yamaha bagaikan tidak percaya dengan kemampuan Rossi mengemudi jentera ni. Dan secara automatiknya, Yamaha menggunakan strategi memasarkan semua motor cub Yamaha 125ZR dengan design GO!!!!! ni pada masa dulu.

Valentino Rossi sebenarnya merupakan seorang pelumba yang cukup berbakat dan digeruni. Aku bukanlah peminat fanatiknya, tapi aku suka gaya tunggangannya yang sangat agresif dan berani mati. Aku ingat lagi insiden di mana Valentino Rossi dan Max Biaggi berentap macam nak gila atas litar dulu. Dan aku, secara automatiknya, kalau terjumpa dengan replika-replika MotoGP ni, selalunya memang akan sambar amik la… Hahahaah, yang tu memang tak dapat dibendung lagi… Dan sekarang, aku menunggu pula bila replika TEAM YAMAHA FIAT nak keluar sebab.. ada No. 46 dan PETRONAS. Hehehehehe…

facebook comments:

8 thoughts on “Aku, Hobi dan Rossi

  1. nko tauk tak mana nak cari spare part enjin suzuki smash nie..bab aku punya bearing enjin dah berbunyi kurang enak di dengar lah..

  2. samalah masalah smash aku, foot rest belakang dua-dua dah lesap entah kemana. malas nak ganti sebab aku naik motor ni bukan ada nak bawa sapa2 pon….

  3. Pingback: Kenny Roberts Jr – 10 | Speedrider Networks

  4. Pingback: Maisto Assembly Line 1:18 – Marco Melandri #33 2005 | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge