Aku Dan Sesuatu

Ihsan BBC

Scott Campbell mempunyai alasan tersendiri apabila dia sanggup menukar Ipodnya untuk memiliki Sony Walkman (bukan yang baru, tapi yang gedabak ori punya) – Back to basic. Dia adalah antara jutaan manusia yang tak pernah melihat Walkman versi asal dan semestinya hidup dalam dunia digital. Bacaan penuh dapat dibaca di sini. Aku adalah antara manusia yang bernasib baik, kerana aku sendiri pernah memiliki dua jenis Walkman versi kaset dan sekarang, yang tinggal hanyalah Sony Discman. Tetapi, aku tak pernah melihat secara live Catridge Player dan LP Player (turntable). Secara terperincinya, LP Player dan Gramophone aku cuma lihat dari jauh dan tak pernah pegang pun!!!!

Sebenarnya, LP Player/turntable aku dah lama sangat cari untuk aku mainkan balik koleksi-koleksi ayah aku. Huhu, dah jadi hak milik aku dengan bersyarat sebenarnya. Dengan bantuan pengiklanan oleh Abang Zali, akhirnya impian aku dah jadi kenyataan. Turntable Kenwood P-100 ni sebenarnya milik Bro Acoi, tapi dia jual melalui Abang Zali, maka aku adalah antara orang bernasib baik dapat merembat benda ni.

Sememangnya benda ni pada mulanya akan dianggap ketinggalan zaman, tapi bila aku dah terima benda ni pada 3 Julai 2009, gua cakap sama lu ar, feel dia memang lain macam wo~. Walaupun aku dah ada CD, mp3 pulak jangan cakap la.. Entah berapa ribu fail mp3 dalam PC aku tu pun tatau la.. Aku pasang belting, aku cuak juga bila nak buka cover jarum dia tu, cucuk masuk amp.. On power switch dan aku putarkan piring hitam.. Pergh!!!! Macam ada satu adrenalin yang tetiba meluru laju ke seluruh badan apabila ia berfungsi dan memainkan semua piring hitam yang dah berpuluh tahun tak terusik di dalam stor rumah aku tu. Bunyi dia pulak, walaupun ada ‘hissing‘ sket, tapi lebih baik dari kaset dan hampir-hampir macam bunyi CD. Mungkin aku kena cuci sikit piring hitam tu sebab kebanyakannya dah berhabuk!

Video di atas adalah antara cubaan yang pertama aku tadi. Memang cuak habis takut jarum tu patah la, silap pasang belting ka.. Alah, macam perasaan beli motor/kereta baru la. Seronok, tapi takut!!! TQ Abang Zali sebab bagi guide dan sanggup melayan pertanyaan-pertanyaan bodoh saya yang taktau apa-apa pasal LP ni. Hahahahahah, You Rawks lah Abang Zali!!!!

Dan sekarang, secara rasminya… Aku dah ada turntable sendiri!!!! Kuikuikui…. Siapa lagi nak join aku!!!!??

facebook comments:

11 thoughts on “Aku Dan Sesuatu

  1. kenapa piring hitam?
    sebab bunyi dia "clear and real"

    sudah guna – jgn lupa masukkan piring hitam tu dlm plastik nipis sebelum masuk dalam bekas kertas.

  2. Wow!! Banyak koleksi2 menarik…tapi nak bg tip TT Kenwood tu tak tau sbb sebenarnya beli je tp tak pernah pakai pun (2,3x je)..kalau terjumpa manualnya nanti diinformkan…Apa2 pun TAHNIAH..!

  3. @matakucing
    Tengah study lagi mono/stereo vinyl ni.

    @Rozlan
    Tq bang untuk tips. Masalahnya, vinyl lama2 ni banyak plastiknya dah rosak, kena manually buat lain plastik tu nanti ganti baru

    @Anonymous
    Tq bang

    @Sir Zali
    Wah, tq untuk manualnye!!!

    @deaf
    Ada, link ada dalam entry ni.. Ada banyak hidden link tu.. hehehe, untuk memudahkan carian, boleh tengok entry ni atau di multiply di sini.

    @Portdy
    U R Welcome bro.. hehehe

  4. Pingback: Kepuasan Rock Maksimum | Speedrider Networks

  5. Pingback: Technics SL-B202 Turntable | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge